Wednesday, September 28, 2011

BETUL BETUL HO LIAO


Kjee tak berapa suka makan mi segera kecuali jenama Mi Ruski dan Har Mee Penang (Ibumie). Ala yang iklan Ho Liao tu!!

Maid Kjee kata Mi Sedap, enak banget kak. Tapi pada Kjee tak enak. Kemudian apabila Kjee belikan dia Mi Ruski Tomyam yang pedas berdentum tu, dia setuju yang Mi Sedap kurang enak! Hehehe. Kemudian apabila Kjee terpengaruh dengan iklan Ho Liao, Kjee pun cuba dan betul...ia memang Ho Liao!

Dah lama mi Ho Liao ni tak singgah rumah Kjee. Semalam apabila ikut Nadia gi Hero, cepat2 Kjee capai masa lalu depan rak mi tu. Kjee memang suka sangat Penang Prawn Mee. Kalau ke Penang atau Melaka, Kjee mesti cari kat mana2 restoran Nyonya. Nak buat sendiri tak reti walaupun Kjee ada simpan satu bekas kulit udang dalam freezer. Manalah tahu terjumpa resipi yang mantap. Bolehlah try.

Tadi, selepas balik dari amik Nadia, Kjee suruh Unclepali singgah kejap beli kangkung. Penang Prawn Mee mesti diletak kangkung. Baru authentic. Dan setelah siap masak, Kjee makan dengan sambal udang kering dalam botol. Juga Kjee jumpa sebiji telor rebus baki buat nasi lemak pagi tadi. Telor rebus pun satu kemestian bila hidang Penang Prawn mee.

Betul2 Ho Liao!! Hehehe.

Tak payahlah tanya resipi. Kjee ikut jer resipi kat peket. Oh ya, satu pesanan dari penaja...cuci kangkung bersih2. Jangan jadi macam ni. Klik sini.

2 comments:

  1. Assalammualaikum Kak Jee, sungguh menyelerakan tgk mee kak Jee ni...nieza pun suka mee ruski juga..yg ni memang betulx2 ho liao..terbaik:)

    p/s:tq diatas doa dr kak Jee

    ReplyDelete
  2. salam Nieza. Kjee rindu sangat kat Nieza. lama dah tak tengok entry baru dengan gambar2 tempat2 menarik di Finland.

    ReplyDelete