Saturday, September 24, 2011

CIAN KAN, KJEE DEMAM LAGI...


Kjee demam lagi dan batuk non-stop malam tadi sampai sakit2 badan. Gelombang kedua demam ni lebih dasyat daripada yang Kjee kena malam Raya hari tu. Ketika itu dua minggu Kjee demam. Kemudian rehat seminggu dan ia kembali menyerang.

Mujurlah Kjee tak sesak nafas dan semput macam kena bulan Puasa lalu. Masa tu Unclepali dan Nadia kejarkan Kjee dua kali ke hospital kerana kesukaran untuk bernafas.

Apapun, Kjee redha sebab di usia lebih separuh abad ini, Alhamdullilah syukur Kjee tiada penyakit kronik yang biasa menyerang orang seusia Kjee. Kalau setakat demam panas dan batuk tu, biasa kan? Banyak rehat dan telan antibiotik, boleh okay, dengan izinNya.

Hari ini Kjee dah janji kepada ibu mertua akan pulang ke kampung. Dan Kjee dah janji pada diri sendiri Kjee akan tetap pulang walaupun dalam keadaan apa sekalipun. Doakan kami sekeluarga selamat pulang ke Kampung Ulu Jempul, Pahang. Kami kembali ke Kuala Lumpur esok.

Bagi mereka yang telah menghantar undangan rumah terbuka, Kjee memohon maaf kerana tidak dapat hadir. Bukan sahaja hari ini tetapi sejak minggu lalu. Dan buat adik Kjee, Faridah, Happy Birthday Sis. Me Love You!


semua gambar dari album cik google

7 comments:

Puan Ros @ Sinaranmenu.blogspot said...

Salam Kjee,demam lagi ya.Tapi batuk tu memang musim.Kak rumah ni hubby dan anak-anak pun batuk.tak tidur malam dibuatnya.Semuga Kjee cepat sembuh dan perjalanan pun selamat ya.

Yatie said...

Assalamualaikum KJee,
Jaga diri dan kesihatan ya, moga akak cepat sembuh dan pulih spt sediakala..Yatie doakan moga akak sekeluarga selamat sampai ke kampung utk menziarahi insan2 tersayang..

Qhaifa Nur said...

moga Kjee cepat sembuh..

The Black Jubah said...

Assalamualaikum,

Semoga cepat sembuh, amalkan makan madu dan Habbatus Sauda, cari yang ori, InsyaAllah tertepis semua penyakit. Nak rekomen madu Mu'jeza edaran Saffron Integrated Marketing ....Mujarab..InsyaAllah.

AI said...

- cepat sembuh ye k.jeee...ciannnn dia...

liemaopurut said...

semoga kakjee cepat sembuh k...

Mas said...

semoga kjee segera sembuh :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...