Saturday, September 24, 2011

CIAN KAN, KJEE DEMAM LAGI...


Kjee demam lagi dan batuk non-stop malam tadi sampai sakit2 badan. Gelombang kedua demam ni lebih dasyat daripada yang Kjee kena malam Raya hari tu. Ketika itu dua minggu Kjee demam. Kemudian rehat seminggu dan ia kembali menyerang.

Mujurlah Kjee tak sesak nafas dan semput macam kena bulan Puasa lalu. Masa tu Unclepali dan Nadia kejarkan Kjee dua kali ke hospital kerana kesukaran untuk bernafas.

Apapun, Kjee redha sebab di usia lebih separuh abad ini, Alhamdullilah syukur Kjee tiada penyakit kronik yang biasa menyerang orang seusia Kjee. Kalau setakat demam panas dan batuk tu, biasa kan? Banyak rehat dan telan antibiotik, boleh okay, dengan izinNya.

Hari ini Kjee dah janji kepada ibu mertua akan pulang ke kampung. Dan Kjee dah janji pada diri sendiri Kjee akan tetap pulang walaupun dalam keadaan apa sekalipun. Doakan kami sekeluarga selamat pulang ke Kampung Ulu Jempul, Pahang. Kami kembali ke Kuala Lumpur esok.

Bagi mereka yang telah menghantar undangan rumah terbuka, Kjee memohon maaf kerana tidak dapat hadir. Bukan sahaja hari ini tetapi sejak minggu lalu. Dan buat adik Kjee, Faridah, Happy Birthday Sis. Me Love You!


semua gambar dari album cik google

Related Posts:

  • KISAH YANG TAK MUNGKIN KULUPA! Rumah inilah Kjee dilahirkan. Rumah datuk di kampung Baru. Mesjid Jamek Kampung Baru di Jalan Raja Alang  KJee tak ingat tahun bila ia berlaku. Tapi rasa2nya setahun sebelum arwah mak meninggal iaitu 1996. Kjee … Read More
  • IT'S MY BIRTHDAY!!! Entering my 61st year. Mokcik dah melangkah ke tahun 61. Apapun, masih merasakan diri ini Sweet 16. Hahaha. I hope to see more birthdays. Doakan ya. … Read More
  • STORY MOKCIK DAN DIABETES Masa doktor kat Klinik Kesihatan Setiawangsa beritahu Kjee pemeriksaan berikutnya dalam bulan Puasa, Kjee kerut dahi. Masa tu pertengahan bulan Mac. Risau jugak kalau kena jumpa doktor dalam bulan Puasa. Kenapa? Seb… Read More
  • ZAMAN BELAJAR DAH HABIS, ZAMAN KERJA MENYUSUL... Bermulalah kehidupan sebenar Nadia selepas berjaya mendapat Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) Perbankan Islam dan Kewangan (Islamic Banking and Finance) dari Universiti Tun Abdul Razak, UniRazak. hari ini, 9 November 201… Read More
  • KJEE MASIH DI SINI Dalam Kjee sibuk dengan kerja yang Kjee sedang lakukan sekarang, baru Kjee perasan sudah lama Kjee tak update blog Kjee ni. Subhanallah, bukan sesuatu yang disengajakan tetapi sesungguhnya Kjee juga tiada masa untuk dir… Read More

7 comments:

  1. Salam Kjee,demam lagi ya.Tapi batuk tu memang musim.Kak rumah ni hubby dan anak-anak pun batuk.tak tidur malam dibuatnya.Semuga Kjee cepat sembuh dan perjalanan pun selamat ya.

    ReplyDelete
  2. Assalamualaikum KJee,
    Jaga diri dan kesihatan ya, moga akak cepat sembuh dan pulih spt sediakala..Yatie doakan moga akak sekeluarga selamat sampai ke kampung utk menziarahi insan2 tersayang..

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum,

    Semoga cepat sembuh, amalkan makan madu dan Habbatus Sauda, cari yang ori, InsyaAllah tertepis semua penyakit. Nak rekomen madu Mu'jeza edaran Saffron Integrated Marketing ....Mujarab..InsyaAllah.

    ReplyDelete
  4. - cepat sembuh ye k.jeee...ciannnn dia...

    ReplyDelete