Thursday, September 15, 2011

JJCM ~ MJ BURGER DAH PINDAH KE TAMAN MELAWATI

Molly dan suaminya Chef MJ


Suasana dalam P-One Kopitiam
Wah makin lama makin dekatlah Kjee nak pergi makan burger special Chef MJ (bukan Michael Jackson tapi Mustafa Jones). Kalau dulu jauhnya sebatang rokok dari rumah Kjee, sekarang dah jadi sepelaung jer. Dan pastinya kedukan di tempat sekarang lebih nyaman dan selesa.

Sejak 13 September 2011, Mustafa Jones Burger sudah berpindah ke No.308, Lorong Perak, Taman Melawati. Sederet dengan Jabatan Pendaftaran Negara. Mereka berniaga di Pekan One Kopitiam yang sudah lama beroperasi di situ. Pekan One atau P-One Kopitiam beroperasi sebelah siang sementara MJ Burger mula beroperasi pukul 6.30 petang hingga 11 malam pada hari Selasa, Rabu dan Khamis.  Jumaat dan Sabtu, mereka dibuka hingga jam 12 malam. Ahad dan Isnin, tutup.

Tadi Kjee berbual lah seketika dengan Molly, isteri Mustafa Jones yang peramah itu. Menurut Molly, walaupun baru dua hari mereka memulakan perniagaan di situ, sambutan cukup mengalakkan. Hari pertama dibuka, full-house.

"Semua pelanggan datang sekali gus pada hari pertama. Kelamkabutlah jugak kami. Tapi hari ni lega sedikit sebab kedatangan pelanggan dijarakkan," kata Molly, graduan University Arkansas, Little Rock, Amerika.

Macam mana dengan makanan? Tanya Molly. Hmmm mestilah sedap! Dah lebih dua bulan Kjee tak singgah ke gerai Molly yang dulu. Pastilah Kjee rindu sebab dulu kami makan dua atau tiga kali seminggu di sana.

Nak tahu sedap ke tidak, korang kena percaya tekak Kjee. Kalau nak tahu lebih lanjut apa yang dihidangkan  di Mustafa Jones Burger ni, sila klik sini dan jugak ke sini .

Kalau korang nak rasa burger special dan juga BBQ daging, kambing dan chicken wings airtangan chef dari Amerika, di sinilah tempatnya. Ori babe!!

Hari Khamis, Jumaat dan Sabtu ada BBQ Ribs atau tulang rusuk yang best in the world! Kata Molly, dia dan suaminya belum dapat memastikan samada hendak membuka perniagaan mereka lebih awal iaitu waktu makan tengah hari. Begitu juga ada kemungkinan mereka akan hanya cuti pada hari Ahad.


LEBIH ELOK JIKA MAKANAN DIPESAN SEBELUM PERGI KE SANA. HUBUNGI/SMS : MOLLY 012 2046486  / 017 2526610/ Add mereka di FB 'Mustafa Jones Burger'




Tanda A adalah gerai lama dan B, di restoren P-One Kopitiam

5 comments:

Gina said...

Patutulah tgk gerai lama die dah tak ada kat AU5D dah, pikirkan masih bercuti raya. Kami panggil burger die burger Negro kak

opocot said...

Hasil rasa tekak Kjee memang terbaeeekkk . . . Tak boleh deny kalau Kjee kata sedap tu memang sedap ! Thx for the info Kjee.

Anonymous said...

Saya dh pegi torai MJ burger nie Kjee. burger mmg besar & steak ada rase la, makan puas tp saya & famili dari 10 bintang kami bagi 4 bintang jer sbb steak half cook wife x leh makan habis, burger luar jer masak dalam, daging still merah lg. Air minum hancur caiyaq habiaq.

so malam tue kami keciwa & terpaksa cover sbb dh lama promote kt wife nak ajak makan kt situ...

harap comment saya nie diambil positif oleh pihak MJ burger

Kjee said...

salam anonymous. sepatutnya kena request nak rare, medium atau well done. kjee dan nadia fav medium rare, unclepali suka done. kalau ke restoran macam ini, kena request. bukan macam makan steak kat kedai melayu yang semuanya dimasak sepenuhnya. air pulak bukan MJ punya tapi kopitiam tu punya. terima kasih atas komen awak ya. nanti Kjee bagitau MJ supaya lebih prihatin dan suruh waiter tanya betul2 camner jenis steak yg mereka prefer.

abdullah said...

aslmkm tuan tanah.maaf bertanya.mereka muslim ke?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...