Wednesday, May 4, 2011

303. JJCM American BBQ Selera Malaysia

Chef Mustafa Jones tak henti2 grill steak dan burger
Tenderloin Steak RM12
Rib Eye Steak RM20
 Selalunya Kjee makan authentic American Barbeque kat restoren seperti Tony Romas, Roadhouse Grill (dah tukar owner) ataupun Outback Steak. Rasanya enak banget dan harga pun mahal giler. Tapi bukan makan hari2. Sekali pergi, kopak jugaklah lebih RM250 untuk tiga beranak!

Lamb Shoulder RM14
Sekarang boleh ucap goodbye kepada Tony Romas sebab Kjee dah jumpa port baru yang jual makanan yang rasa hampir sama tetapi dengan harga yang mungkin lima kali lebih murah!!! Hah macam tak percaya kan...tapi itulah hakikatnya.

Apabila seorang kawan syorkan Kjee pergi makan burger kat AU5D keramat, Kjee pun terfikir. Burger?Ramai orang jual kat situ? Mana satu? Burger original buatan chef dari America, kata seorang teman. Rasanya sedap giler, kata mereka. Cuma ambience dia je tak berapa sesuwai. Tepi sungai.

Tak kisahlah. Kjee pernah makan mi paling sedap kat Kpg Baru yang gerainya tepi longkang besar. Itu masa Kjee kecik2 lagi. Sampai sekarang kita orang panggil Mi Longkang, walaupun dia orang dah pindah ke tempat lain di Pasar Minggu.

Chicken Wings RM12 untuk 5 ketul
Kiranya tempat Molly (orang Melayu kita. Nama sebenarnya Numali) dan suaminya Chef Mustafa Jones (bangsa Amerika)  ni okay jugaklah. Tak kisahlah, janji sedap. Orang Kolumpo kalau makan tak kisah harga. Kalau mahal melangit pun sanggup tau, janji sedap!!!

Dah banyak kali hasrat kami nak pergi makan kat situ tertangguh. Hujanlah, Nadia nak makan nasi lemaklah, Unclepali nak makan roti canailah...macam2 jer halangan.

Last week kami pergi. Excited jugak apabila nampak gril arang dia yang merah menyala. Malangnya, sebab first time dan tidak tahu kena call dulu order baru datang (kalau nak cepat siap). Maka kami tunggu kira2 ½ jam jugaklah sebab orang ramai. Apabila makanan sampai, terus ngappp. Terlupa nak amik gambar. Hanya dapat dua keping jer yang tak sempat lagi di ngappp.

First time pergi, Kjee dan Nadia order BBQ Lamb Shoulder dan Unclepali mintak Beef Burger With Cheese. Laju dan senyap kami makan. Maknanya sedap. Kalau mulut bebel sambil makan, pepahamlah. Lepas makan tak cukup kenyang, lalu order pulak BBQ Chicken Wings 5 ketul.

Tadi, Kjee pergi berdua jer dengan Nadia sebab Unclepali dah keluar awal2. Kami order melalui fon dari Molly. Nadia nak ribs tapi ribs hanya ada hujung minggu. So Nadia amik Tenderloin Steak dan Kjee amik Rib Eye. Sampai jer di situ Nadia order lagi 3 ketul chicken wings.

home made burger
BBQ Ribs - weekends jer ada
Tak sampai 10 minit makanan siap. Punyalah suka Nadia sebab dia suka steak dia medium raw. Sayangnya, hari ni kami duduk kat meja yang tak der lighting so gambar hari ni tak lawo. Ah peduli apa lawo ke tidak, janji sedap.
Setiap pinggan ada iringan potato salad dan garlic pita. 

Nadia kata next time...ewah ada next time lak, dia nak datang week end sebab nak cuba BBQ Ribs. Kjee pulak nak try makan beef burger yang dibuat sendiri bukan beli siap macam kat Ramli Burger!

Gerai ini bukak setiap hari kecuali Ahad dan Isnin. Selasa sampai Khamis dibuka dari jam 7 malam hingga 11 malam. Jumaat dan Sabtu  pulak 7 malam sampai 12 malam. Korang kena try makan kat sini kalau betul2 nak rasa BBQ steak yang original.

Kjee dah banyak makan BBQ Steak. Tony Romas misalnya, marinate atau BBQ sauce dia terlalu overpowering. Rasa dan baunya terlalu kuat...sampai Kjee selalu gurau kata macam bau kambing gurun!! Tapi di tempat Molly ni, rasa dia cukup memuaskan. Kjee ni kan cerewet. Kalau first time datang tidak menepati citarasa, no second time! Hehehe.

Kalau nak tahu mana gerai BBQ Molly dan Mustafa Jones ini, letaknya di sebelah opis IMKEDA AU5D Keramat. Dekat sangat dengan Syed Bistro.

Oh ya..first time makan bertiga kami kena RM50. Tadi kena RM42. Murah kan? Kalau ke Tony Romas, mungkin tiga atau empat kali ganda. nadia kata..Mama kita boleh makan seminggu sekali yer. Hah yalah..Mama belum ada masalah High Blood. Nanti asyik makan red meat, masalah lain pulak timbul.

ATAS PERMINTAAN RAMAI INILAH NO UNTUK DIHUBUNGI : MOLLY 012 2046486  /
017 2526610/ Add mereka di FB 'Mustafa Jones Burger'

18 comments:

Mohamad Salleh Othman said...

Terliur la plak tgk gmbr2 ni K. Jee....

mala said...

assalamualaikum - tertelan air liur pulak ;-) mcmana blh tak perasan kedai ni selalu breakfast kat Syed Bistro ...

PN.ANUM said...

ya allag kjee sedapnye......

aTiE said...

Salam kak Jee,

Boleh saya dapatkan no phone kedai ni tak?
Nampak menyelerakan laaa...

email me at attyra@gmail.com

nur easy said...

betullah.. cam sedap je chic wing dia tu..;)

perfume Merahjambu said...

mak aiii sedapnya mesti pegi cuba ni ...

Nurain said...

kak jee... apa no tepon tempat ni kalau nak gi order?

Kjee said...

contact number dah bubuh kat atas. atas gambar menu

Anonymous said...

Kak Jee... u reminds me pada Mee longkang... ahahahah.... nama x best tp mee dia best... dulu masa Arwah tok Aida ada kat Kg. Bharu tu... tiap2 minggu kami makan mee longkang tu.... org kampung bharu mmg kenal sgt dgn mee longkang tu...

LindaRahim said...

hihi...tgk gambar pun dah tercekik cekik air liur...

Anonymous said...

k.jee, kalu x silap no hp molly yg 017 tu 6 angka. memang gitu ke? Zumaira

sharifah rosidah said...

aku ada baca dalam fb kawan aku uga dia ada cerita pasal mustaffa jones dan gerai steaknya, nanti kalau gi kl malam nak ajak sb lah.

rosidah said...

dah pegi minggu lepas ngan husband, kena tunggu hampir sejam, tapi husband sabar je, nak test tekak kak jee katanya, boleh percayake .. bila steak sampai yessss memang sedap dan tekak kak jee memang boleh dipercayai, lepas ni nak pergi ke dtempler la pulak nak rasa chinese food pulak,. Siap bagi tahu kat budak pelayan tu yang kak jee dah masukkan cerita kedai ni kat internet, budak tu kata laaa tadi baru aja kak jee datang beli burger.

Anonymous said...

salam kak jee.. kedai nie dekat dgn syed bistro ke? kak jee blh tlg bg landmark yg brdekatan x? terima kasih.

Kjee said...

ya betul. dekat syed bistro. sebelah gerai buah tu.

Anonymous said...

k.jee....sy dh try carik tp x jumpelah...almtnye jln AU5D ape ek kak?

Kjee said...

dia orang dah tak niaga di situ. minggu depan (Selasa) meniaga di tempat baru di 308, Jalan Perak, Taman Melawati. Sederet dengan Jabatan Pendaftaran negara.

Papa-NtiQ said...

nanti saya singgah sini bila gi KL bulan depan

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...