Tuesday, September 6, 2011

KELUARGA ARWAH NORAMFAIZUL TAKKAN AMBIL TINDAKAN



Oleh Shaarani Ismail
bhnews@bharian.com.my
2011/09/06

Bapa reda dengan kejadian, tidak persalahkan penganjur misi bantuan 

SRI KEMBANGAN: Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terkorban ketika mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan Badan Kebajikan dan Amal Isteri Menteri (BAKTI) tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penganjur misi itu.
Bapa Allahyarham, Mohd Nor Mat Yassin, 66, berkata beliau menegaskan perkara itu kerana sepanjang misi dianjurkan, program berjalan lancar dan terancang, malah ia disertai secara sukarela oleh Noramfaizul.
“Malah, semua urusan selepas insiden itu berlaku dan sehinggalah jenazah dibawa pulang dan dikebumikan semuanya berjalan lancar. 

“Ini bukan masa untuk menuding jari menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Saya reda dengan ketentuan dan tiada ada sesiapa pun yang patut dipersalahkan,” katanya yang ditemui di kediamannya di sini, semalam. 

Beliau berkata, setakat ini semua perkara berkaitan pengurusan anaknya dari awal hingga akhir berjalan dengan baik dan lancar dan isu mengambil tindakan atau tidak terhadap penganjur tidak berbangkit langsung. 

Ibu Allahyarham, Naemah Abdul Majid, 63, ketika menghadiri majlis tahlil di Masjid Al-Islah, malam kelmarin turut menegaskan perkara sama. 
“Perkara itu sudah takdir dan kami tidak mengambil tindakan kepada penganjur. Jangan jadikan perkara ini sebagai isu,” katanya. - BERITA HARIAN ONLINE

2 comments:

Anonymous said...

alhamdulillah,keluarga allahyarham noramfaizul berfikiran rasional dan terbuka. kejadian yg menimpa adalah takdir dan penyertaannya bukan paksaan maka redalah...semoga allahyarham dicucuri rahmat.alfatihah.lizabassam

Kjee said...

alhamdullilah keluarga arwah berfikiran waras. tak macam sesetengah ahli politik yang cuba meracun fikiran mereka!!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...