Home »
» KELUARGA ARWAH NORAMFAIZUL TAKKAN AMBIL TINDAKAN
Oleh Shaarani Ismail
bhnews@bharian.com.my
2011/09/06
Bapa reda dengan kejadian, tidak persalahkan penganjur misi bantuan
SRI KEMBANGAN: Keluarga Allahyarham Noramfaizul Mohd Nor, 39, yang terkorban ketika mengikuti Misi Bantuan Kemanusiaan di Somalia anjuran Kelab Putra 1Malaysia dan Badan Kebajikan dan Amal Isteri Menteri (BAKTI) tidak akan mengambil sebarang tindakan undang-undang terhadap penganjur misi itu.
Bapa Allahyarham, Mohd Nor Mat Yassin, 66, berkata beliau menegaskan perkara itu kerana sepanjang misi dianjurkan, program berjalan lancar dan terancang, malah ia disertai secara sukarela oleh Noramfaizul.
“Malah, semua urusan selepas insiden itu berlaku dan sehinggalah jenazah dibawa pulang dan dikebumikan semuanya berjalan lancar.
“Ini bukan masa untuk menuding jari menyalahkan sesiapa atas apa yang berlaku. Saya reda dengan ketentuan dan tiada ada sesiapa pun yang patut dipersalahkan,” katanya yang ditemui di kediamannya di sini, semalam.
Beliau berkata, setakat ini semua perkara berkaitan pengurusan anaknya dari awal hingga akhir berjalan dengan baik dan lancar dan isu mengambil tindakan atau tidak terhadap penganjur tidak berbangkit langsung.
Ibu Allahyarham, Naemah Abdul Majid, 63, ketika menghadiri majlis tahlil di Masjid Al-Islah, malam kelmarin turut menegaskan perkara sama.
“Perkara itu sudah takdir dan kami tidak mengambil tindakan kepada penganjur. Jangan jadikan perkara ini sebagai isu,” katanya. - BERITA HARIAN ONLINE
Related Posts:
SAMBUT HARI BAPA DI JAZZ HOUSE STEAMBOAT
Jazz House Steamboat dan Grill akan buat sambutan Hari Bapa mulai malam ini selama tiga malam berturut-turut. Makan sampai pengsan dengan membayar satu harga.
Buat tempahan di nombor diatas. Klik SINI untuk lokasi.… Read More
TEMPAT PERSEMADIAN AZIZ SATAR SEPATUTNYA SEBELAH P RAMLEE?
Sandakiah dan arwah ayahnya
Kjee terpanggil untuk menyiarkan luahan hati Puan Sandakiah Azez, anak perempuan Allahyarham Dato Azez Satar, dalam Facebook beliau semalam.
"Salam semua sahabat... lebih kurang lg 2 j… Read More
NOTA BUAT IZREEN AZMINDA
Ehsan Utusan Malaysia
Assalamualaikum Izreen.
Kjee tidak pernah mengenali awak secara peribadi. Tidak ketika Kjee menjadi wartawan mahupun ketika Kjee jadi pelakon.
Mula menyaksikan lakonan awak dalam drama bersiri… Read More
BUAT JUS MANGGA SEBAB TERINGAT ARWAH BONDA
Apabila buat jus mangga manis, Kjee terkenang arwah Bonda. Dia tahu anak-anak dia suka minum jus mangga tapi kalau minum kat restoran atau di hotel, harga segelas sama harganya dengan sekilo mangga yang dib… Read More
SUP AYAM BIASA BIASA
Musim panas mesti elakkan makan makanan yang akan memanaskan lagi badan, kata semua orang. Kjee pun kata yang sama. Tapi mampukah kita makan rebus-rebus jer atau lauk bening, kata orang Jawa sepanjang musim panas y… Read More
alhamdulillah,keluarga allahyarham noramfaizul berfikiran rasional dan terbuka. kejadian yg menimpa adalah takdir dan penyertaannya bukan paksaan maka redalah...semoga allahyarham dicucuri rahmat.alfatihah.lizabassam
ReplyDeletealhamdullilah keluarga arwah berfikiran waras. tak macam sesetengah ahli politik yang cuba meracun fikiran mereka!!!
ReplyDelete