Thursday, September 15, 2011

PAK MAT TEMPEH!!


Dua hari sebelum Raya Hari , Kjee gelabah cari tempe nak buat lodeh. Banyak kedai dah out of stock. Kjee tak ingat kat mana Unclepali beli. Kemudian apabila ke pasaraya Hero, Nadia kata ada tempe jenama Pak Mat Tempeh!

Hah jenama Pak Mat Tempeh? Kenapa tak beli, kata Kjee. Nadia kata kan Mama dah beli tempe. Buat apa bazir. Aisey blur betullah budak ni. Kan ada klip Pak Mat Tempe dari filem Seniman Bujang Lapuk yang boleh dimuat turun di handfon ataupun youtube! Femes giler klip tu. Tengok 10 kali pun boleh ketawa.

Tadi Kjee pergi pasar Keramat. Hajat nak beli daun selasaih jer. Habis tu makcik yang jual daun selasih tu tanya, tempe tak nak ke? Satu peket RM1. Tiga peket, bagi je lah RM2! Kjee pun ambiklah tiga peket. Dalam kepala belum terfikir nak masak apa. Ah goreng pun sodap!

Dalam kereta Unclepali ternampak peket2 tempe tu. Kemudian dia ambil. Dia kata wah orang buat tempe pun dah pandai bagi jenama. Kjee pandang dan terus ketawa. Unclepali heran.

Balik rumah Kjee bukak youtube dan tunjuk klip video femes Pak Mat Tempe. Tiba2 Unclepali ketawa berdekah2.

Wah cerdik betul Pak Mat Tempeh ni bagi nama komersial kat tempeh keluaran dia. Kjee pasti mesti laku kan? Hehehe. Korang tengoklah klip Pak Mat tempe yang fofular ni.

3 comments:

Nazrah said...

best citer tu...kelakar

oshanira said...

aah setuju kjee...1st time jumpa jenama pat mat tempeh ni, terus teringat dialog pak sudin pasal pak mat tempe eksiden tu ehehe

Oh Oeya said...

As salam Kak Jee.
Selamat Hari Raya ye..
Moga Kak Jee sihat..
Menjenguk jengah dapur Kak Jee.. ketinggalan Oh Oeya ni..

Cayalah kt pengusaha tempe tu.. moga terus berjaya :)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...