Thursday, September 15, 2011
Home »
Citer Merapu
» PAK MAT TEMPEH!!
PAK MAT TEMPEH!!
Dua hari sebelum Raya Hari , Kjee gelabah cari tempe nak buat lodeh. Banyak kedai dah out of stock. Kjee tak ingat kat mana Unclepali beli. Kemudian apabila ke pasaraya Hero, Nadia kata ada tempe jenama Pak Mat Tempeh!
Hah jenama Pak Mat Tempeh? Kenapa tak beli, kata Kjee. Nadia kata kan Mama dah beli tempe. Buat apa bazir. Aisey blur betullah budak ni. Kan ada klip Pak Mat Tempe dari filem Seniman Bujang Lapuk yang boleh dimuat turun di handfon ataupun youtube! Femes giler klip tu. Tengok 10 kali pun boleh ketawa.
Tadi Kjee pergi pasar Keramat. Hajat nak beli daun selasaih jer. Habis tu makcik yang jual daun selasih tu tanya, tempe tak nak ke? Satu peket RM1. Tiga peket, bagi je lah RM2! Kjee pun ambiklah tiga peket. Dalam kepala belum terfikir nak masak apa. Ah goreng pun sodap!
Dalam kereta Unclepali ternampak peket2 tempe tu. Kemudian dia ambil. Dia kata wah orang buat tempe pun dah pandai bagi jenama. Kjee pandang dan terus ketawa. Unclepali heran.
Balik rumah Kjee bukak youtube dan tunjuk klip video femes Pak Mat Tempe. Tiba2 Unclepali ketawa berdekah2.
Wah cerdik betul Pak Mat Tempeh ni bagi nama komersial kat tempeh keluaran dia. Kjee pasti mesti laku kan? Hehehe. Korang tengoklah klip Pak Mat tempe yang fofular ni.
Related Posts:
337. Korang Ingat Lagi Video ni?!! Kahkahkah. Tengah Kjee sibuk layan perasaan pasal Hari Guru, Unclepali suruh Kjee tengok video ni. Fullamak ada lagi ye. Lawak petang Ahad. Layannnnn.… Read More
248. Maaf yer orang Melaka Kampung terindah di Melaka Semalam Kjee intai blog anak muda ni. Tak silap Kjee nama dia Taufiq, asal dari Melaka. Blog dia Impianku dalam Mimpi..begitulah kalau Kjee tak silap. Klik sini Blog anak muda luahkan isi h… Read More
252. Dua tahun dah tak masuk pasar sorang sorang! Hari ni lawak betul. Plan nak makan lain tapi bila masak, masak menu lain pulak. Sejak beberapa hari lepas, selepas Kjee intai blog sapa ntah, ternampak Daging Masak Negro. Teringat pulak makan ayam masak Neg… Read More
328. Bertunang Zaman Ini Ashraf Muslim di hari pertunangannya - foto ehsan google Foto ehsan google Baru2 ini Kjee ada ternampak satu gambar kat News Feed Kjee di Facebook. Ada orang post gambar adik dia bertunang. Pasangan itu siap duduk atas … Read More
364. Terkenang Zaman Manis dengan Ogy dan Mak Nani Terpelanting Kjee dari kerusi tadi apabila Isma Liyana hantar video clip ni kat wall FB Kjee. Lama dah. Dekat 25 tahun. Ingatkan hanya lagu dendangan Ogy rupa2nya Cik Puan Besaq ni pun ada jugak. Kahkahkah. Perhatikan betul2… Read More
best citer tu...kelakar
ReplyDeleteaah setuju kjee...1st time jumpa jenama pat mat tempeh ni, terus teringat dialog pak sudin pasal pak mat tempe eksiden tu ehehe
ReplyDeleteAs salam Kak Jee.
ReplyDeleteSelamat Hari Raya ye..
Moga Kak Jee sihat..
Menjenguk jengah dapur Kak Jee.. ketinggalan Oh Oeya ni..
Cayalah kt pengusaha tempe tu.. moga terus berjaya :)