Thursday, July 5, 2012

DAGING MASAK SELASIH AKA KAPRAU






Sejak berpindah ke Sungai Pelong, tujuh bulan lalu, ini kali pertama Kjee masak Daging Kaprau. Hari2 Kjee renung kat luar tingkap dapur tengok rimbunan pohon daun Selasih yang ditanam Unclepali. Tapi mood nak masak tiada hingga siang tadi.

Kjee dan Nadia puasa sunat. Nadia nak makan bubur lambuk sementara Kjee tak tahu nak makan apa. Kemudian apabila my gud fren Liza kata anaknya Yasser nak makan Daging Kaprau untuk berbuka puasa, terus register dalam otak Kjee nak buat.

Mujur ada daging batang pinang dalam freezer. Malangnya, paste tomyam tak ada. Tetapi Unclepali rajin ke kedai untuk membeli demi isteri yang berpuasa. Thnx dear.

Dulu Kjee ingat Kaprau itu nama makanan Thai. Rupa2nya Kaprau adalah nama Thai untuk daun Selasih. Masa tak ada daun selasih dulu, Kjee cubalah ubahsuai guna daun limau purut tetapi rasanya tidak sama.

Ini masa mula2 tanam. Sekarang lebat sangat


Resipi ini adalah ciptaan Kjee sendiri setelah makan di gerai Tomyam Ali di Keramat. Memanglah tak sama seperti mana mereka memasaknya. Tetapi Kjee rasa resipi yang Kjee buat ini at least sesuatu yang baru. Kekadang kita kena guna guna daya kreativiti kita untuk mencipta resipi baru. Hehehe ya lah tu.

Hari ni Kjee keletihan mengemas rumah maklumlah dengan kehadiran ibu mertua dari kampung yang tidak sihat. Kalaulah boleh spray jer rumah untuk menikmati kebersihan luar biasa macam dlam iklan tu, kan elok.

So resipi untuk daging Kaprau korang intai jer kat sini yer.

Lauk ni kena masak extra pedas. Kjee makan di Restoran Ali Tomyam sampai habis meleleh air mata dan air hidung. Tapi puas!!! 

Boleh jugak buat guna ayam (isinya sahaja), udang ataupun sotong. Tapi tekak Kjee tetap suka Daging Kaprau.













Related Posts:

  • BERGEDIL CORN BEEF       Plan siang tadi nak buat Croquette (disebut kro-ket), sejenis makanan dari bunyinya kita tahu berasal dari Perancis. Tetapi apabila ada sahaja bahan yang tak lengkap, makan Kjee buat sahaja Bergedi… Read More
  • 152. Satay dan Kuah Satay Satay. Kjee dibesarkan dengan satay. Arwah mak kata, Kjee dilahirkan dalam dulang satay. Yelah tu. Kononnya masa dia dah sarat sangat mengandungkan Kjee, dia masih bantu ayah dia cucuk satay. Tup2 masa tengah cucuk s… Read More
  • THAI OX TAIL SOUP                Ini favorite UnclePali. Selalunya balik dari kerja, mesti singgah kat Niara Tomyam berhampiran rumah kami. Seminggu tiga kali.  Dia akan beli satu bungkus baw… Read More
  • DAGING GORENG KUNYIT MUDAH        Dah buntu tak tahu nak masak apa. Tetapi UnclePali suka sangat kalau daging digoreng dengan kunyit. Hari tu Kjee buat, habis sepiring dia ratah. Oleh kerana ada lagi berbaki daging dalam… Read More
  • ASAM REBUS DAGING TETEL VERSI BONDA         Pening juga fikir pagi tadi nak masak Asam Pedas atau Asam Rebus Daging Tetel. Dua-dua sedap. Di KL ni, dua-dua susah nak cari di restoran melainkan masak sendiri. Kalau Asam Rebus Ika… Read More

2 comments:

  1. Selamat pagi Kakjee..nie sangat sedap saya pun dah cuba dari tahun lepas. Bila makan saja teringat nie Kakjee punya hehe.Puasa tahun nie ada lagi tak idea terbaru dari Kakjee haha.Semuga ceria dan sihat selalu. Amin

    ReplyDelete
  2. Wah...nampak lebat pulak daun selasih tu ye kak...bestnya..tak payah main beli2 lg...kalau dah campur dengan masakan memang wangi la..daging masak selasih tu memang menggamit selera...

    ReplyDelete