Thursday, July 5, 2012

DAGING MASAK SELASIH AKA KAPRAU






Sejak berpindah ke Sungai Pelong, tujuh bulan lalu, ini kali pertama Kjee masak Daging Kaprau. Hari2 Kjee renung kat luar tingkap dapur tengok rimbunan pohon daun Selasih yang ditanam Unclepali. Tapi mood nak masak tiada hingga siang tadi.

Kjee dan Nadia puasa sunat. Nadia nak makan bubur lambuk sementara Kjee tak tahu nak makan apa. Kemudian apabila my gud fren Liza kata anaknya Yasser nak makan Daging Kaprau untuk berbuka puasa, terus register dalam otak Kjee nak buat.

Mujur ada daging batang pinang dalam freezer. Malangnya, paste tomyam tak ada. Tetapi Unclepali rajin ke kedai untuk membeli demi isteri yang berpuasa. Thnx dear.

Dulu Kjee ingat Kaprau itu nama makanan Thai. Rupa2nya Kaprau adalah nama Thai untuk daun Selasih. Masa tak ada daun selasih dulu, Kjee cubalah ubahsuai guna daun limau purut tetapi rasanya tidak sama.

Ini masa mula2 tanam. Sekarang lebat sangat


Resipi ini adalah ciptaan Kjee sendiri setelah makan di gerai Tomyam Ali di Keramat. Memanglah tak sama seperti mana mereka memasaknya. Tetapi Kjee rasa resipi yang Kjee buat ini at least sesuatu yang baru. Kekadang kita kena guna guna daya kreativiti kita untuk mencipta resipi baru. Hehehe ya lah tu.

Hari ni Kjee keletihan mengemas rumah maklumlah dengan kehadiran ibu mertua dari kampung yang tidak sihat. Kalaulah boleh spray jer rumah untuk menikmati kebersihan luar biasa macam dlam iklan tu, kan elok.

So resipi untuk daging Kaprau korang intai jer kat sini yer.

Lauk ni kena masak extra pedas. Kjee makan di Restoran Ali Tomyam sampai habis meleleh air mata dan air hidung. Tapi puas!!! 

Boleh jugak buat guna ayam (isinya sahaja), udang ataupun sotong. Tapi tekak Kjee tetap suka Daging Kaprau.













Related Posts:

  • ASAM PEDAS TULANG DAN DAGING KORBAN STAIL ORANG MELAKA Kalau dah rezeki kan!! Kjee teringin sangat nak makan lauk guna daging Korban. Dah banyak tahun tak dapat rasa. Tulis main-main jer kat FB tentang keinginan tersebut. Dalam sekelip mata ada fren FB yang hantar m… Read More
  • DAGING GORENG MUDAH Memang dah jadi kebiasaan, kalau dapat sedekah daging Korban, Kjee akan goreng. Hiris nipis-nipis, kasi garam dan kunyit, perap seketika dan goreng. Ikut sukalah nak goreng garing-garing atau sebaliknya. Kemudia… Read More
  • KARI DAGING DENGAN KENTANG STAIL MOKCIK Lama bebenor Kjee tak masak Kari Daging dengan Kentang. Aritu Kjee beli daging batang pinang. Rasanya tak sampai sekilo. Ada plan nak guna daging tu masak ntah apa bende. Masa beli ingat. Bila dah dekat seminggu… Read More
  • STEW EKOR LEMBU Apabila menjamu selera kat luar semakin mahal sekarang, the best alternative, masak sendiri. Walaupun Kjee tak pernah berkira bab makan, tetapi Kjee cuba elakkan pembaziran. Kalau reti masak sendiri, Kjee akan bu… Read More
  • DAGING MASAK NEGRO? Kenapa mesti letak nama Daging Masak Negro? Kecik hati orang Negro tau!. Eh mana korang tau dia orang kecik hati? Habis tu kalau letak nama Sambal Goreng Jawa, orang Jawa tak kecik hati ke? Hehehe. Kjee letak n… Read More

2 comments:

  1. Selamat pagi Kakjee..nie sangat sedap saya pun dah cuba dari tahun lepas. Bila makan saja teringat nie Kakjee punya hehe.Puasa tahun nie ada lagi tak idea terbaru dari Kakjee haha.Semuga ceria dan sihat selalu. Amin

    ReplyDelete
  2. Wah...nampak lebat pulak daun selasih tu ye kak...bestnya..tak payah main beli2 lg...kalau dah campur dengan masakan memang wangi la..daging masak selasih tu memang menggamit selera...

    ReplyDelete