Friday, September 16, 2011

DAGING MASAK KAPRAU ATAU DAUN SELASIH

 Kali terakhir Kjee masak daging kaprau ni sebelum bulan puasa hari tu. Pastu sebab leceh nak pergi beli daun selasih, Kjee pun malaslah nak buat. Tapi dek kerana semua bahan2 ada - daging batang pinang dan daun selasih, maka lajulah langkah Kjee nak membuatnya hari ni.
Daun Selasih atau Daun Kemangi

Bagi mereka yang pernah cuba try test buat, pasti tahu sedap ke tidak lauk ni. Punyalah Kjee teringin nak makan sejak demam sepanjang minggu pertama Raya tapi tak kesampaian kerana tak larat nak ke dapur.

Tiga kali Unclepali bawak Kjee ke Ali Tomyam tapi mereka masih cuti. Amboi lamanya bercuti. Dari awal Ramadhan sampai sekarang! Dua hari lepas Kjee nampak restoren tu macam nak buat renovation. Hmmm lambatlah lagi bukak. So baiklah buat sendiri kan.

Kalau korang nak cuba buat, klik resipi di sini. Tak larat nak salin balik.

Walaupun Kjee pernah cuba guna daun limau purut untuk resipi ini, tetapi rasanya tidak sama dengan daun selasih. Kalau tak silap Kjee, orang sebelah Pantai Timur panggil daun ini Kemangi. Begitu jugak dengan orang Jawa kot sebab masa Kjee pergi beli kat pasar Chow Kit dulu, peniaga berbangsa Indon tu panggil daun Kemangi.

Orang Johor guna daun selasih apabila makan Laksa Johor. Orang Cina pulak guna daun selasih kalau masak lauk itik.


4 comments:

makcikkantin said...

Salam singgah,

Selalu saya baca n3 kak jee, cuma segan nak chip-in..sbb muka kak jee ni kenal kat paper..hehe. Very nice picture kak jee.

jeragang said...

apa teruk sangat nama makanan nie... tengok pun tak menarik gak harap2 makanang sedap kut

Kjee said...

Resipi dari Thai ni, Jeragang.

opocot said...

Pokok daun selasih berbunga purple manakala pokok daun kemangi berbunga putih. Tanam sepokok je Kjee, nanti membiak tak cukup pasu

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...