Tuesday, September 18, 2012

HATI2LAH WAHAI WANITA


Ini kejadian sebenar yang diambil seorang pemandu kereta


Tiap kali anak dara Kjee keluar untuk ke Uni, mulut Kjee bising ingatkan dia. "Beg tangan jangan letak atas seat passenger...handfon jangan dipamerkan...pintu kereta kunci sepanjang masa...kalau balik malam2, ada orang tahan, jangan berhenti...terus drive ke balai polis berhampiran..."



Mesti Nadia boring apabila hari2 Kjee rewind tape yang sama. Tetapi pepahamlah kan, anak2 ni bukan boleh dibiarkan leka.

Beberapa hari lepas, Kjee telah baca musibah yang melanda, Dr Ina Harlina, kawan yang kini menjadi antara adik angkat yang sangat Kjee sayangi.

Dr Ina kehilangan beg tangannya ketika berada dalam tandas awam. Usahlah tanya apa yang dia hilang. Beg tangan wanita memang sarat barat dengan barang keperluan. Baca sini kisah Dr Ina yang diberi judul Berpisah Tanpa Kerelaan.

Antara barang yang paling disayanginya ialah handfon yang dihadiahkan suami tersayang, kartunis popular Che Li. Kjee dapat bayangkan kesedihan Dr Ina kehilangan hadiah pemberian suami tercinta.

Kjee memang amat peka kalau makan di restoran ataupun gerai. Sebaik sahaja duduk, Kjee akan suruh Unclepali atau Nadia tolong simpankan handfon Kjee dalam poket mereka. Kjee memang tak suka bawak beg tangan kerana bagi Kjee, beg tangan adalah umpan untuk peragut. 

Justru Kjee bersyukur apabila Dr Ina selamat dan tidak diapa2kan. Maklumlah, kalau beg yang disangkut dalam tandas, dan ada yang mencurinya, kita tidak pasti samada yang mengambilnya lelaki atau perempuan.

Pernah terjadi masa Kjee di Mekah dulu, orang bising2 beritahu ada lelaki memakai purdah masuk ke tandas wanita dan mencuri! Nauzubillah.

Apapun, Kjee rasa kita semua janganlah leka walau dimana kita berada. Sekarang ini, banyak gerai2 baik Melayu mahupun mamak, meletak meja di sisi2 jalan. Kjee pernah tengok ramai (baik lelaki ataupun perempuan), selamba saja letak fon atau lappy atas meja. Tidakkah mereka sedar, seorang penunggang motorsikal mudah lalu berhampiran dan merampas fon atau lappy?

Kjee pernah berdepan dengan perompak masa ke restoran Dunkin Donut di Desa Pandan dulu. Klik sini. Trauma berdepan dengan perompak, rasanya masih belum hilang hingga kini.

So kepada wanita yang memandu seorang diri atau terpaksa ke tempat sunyi (macam Dr Ina di tandas pam minyak), hati2lah. Apapun, tak payahlah bergelut demi beg atau harta yang ada. Pentingkanlah nyawa sebab perompak sekarang sudah terlalu terdesak. Sanggup buat apa sahaja.

semua foto ehsan google



10 comments:

norinaomar said...

Lagi satu kalau lelaki letak dompet kat poket seluar belah belakang..nak nak pulak seluarnya lowered..hadoiii...memang mengumpanlah namanya tu.

inahar ali said...

salam kakjee..thnx ye for ur concern! ada rakan blogger yg citer suaminye kerja securiti kt sebuah pasaraya..kejadian ni mmg selalu sgt berlaku. bila pihak pengurusan buang penyangkut kt pintu toilet tuh x sampai 2-3 hari penyangkut tu dah ada balik kt pintu tuh..maknanye penyangak tu sudah taruh balik penyangkut tu sbg modus operandi diorang..masyaallah! begitu kejinye diorang nih..mmg xder ubat dah manusia cenggini kan!

Irfa said...

tq sbb memperingatkan ;)

Kjee said...

Eeee takutnya Ina. Nasib baik kalau Kjee ke tandas awam, nadia atau Unclepali akan tunggu depan pintu. Sekarang ni kena hati2 sangat.

Ratu Hatiku said...

Yalah...zaman skg org nak duit dgn cara mudah.! Xblh lupa diri sendiri kena ragut 8thn dulu... uhuhu...

THE LEKAT LEKIT STORY said...

saya pun pernah kena ragut handphone masa lunch kat MC D.. bukan duduk luar tp dalam restoran jugak..tp tu la padah letak hp atas meja sbb x bawa beg.. main bawa duit & hp je keluar lunch..

QasehnyaRania said...

ya betol tu..sekarang ni macam2 peragut,penyangak ni sanggup buat..
huhu

nway,

salam kenal dan terjah sini=)
follower baru.. hihi

Nur-nba said...

Salam.. Apa khabar Kak Jee? Bagus ingatan Kak Jee pada anak tu.. Memang kadang2 kita terleka..

Nur pun pernah merasai detik hitam ketika disamun di dalam kereta sendiri pada tahun 2010. Mujurlah Nur tidak diapa2kan, namun kehilangan beg tangan yang sarat dengan isi. Namun Nur redha dan bersyukur sangat sebab tidak dicederakan. Trauma juga selepas ni.. Kaum wanita kena lebih berhati2.. Semoga Allah melindungi kita daripada musibah yang tidak diingini.

Anonymous said...

Kalau masuk toilet stesen myk sy selalu kunci pintu utama dulu.. Pstu nk sangkut handbag pon x risau sgt.. Klu toilet yg takde pintu utama boleh sangkut handbag kt leher sendiri.. Cubalah..:-)

Anonymous said...

Salam...

Nak buat "personal business" dalam toilet pun dah tak aman....huhuhu.....Thanks Kak Jee for sharing...peringatan buat kami pengikut blog Kak Jee....

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...