Pages

Wednesday, May 6, 2015

CUCUR BILIS AIR PANAS






Bekfas tadi. Cucur Bebola Bilis. Penyediaan yang cukup mudah. Dan laju jer habis.

Nadia cukup suka order Cucur camni kalau kami makan di foodcourt Leypark, Taman Melawati. Sepiring RM3.50. Murah jer tapi kena tunggu 20 minit baru siap. Maklumlah kita order baru dia buat.

Anyway, inilah makanan ramai masa kecik-kecik kan? Bila tayang jer gambar kat FB tadi, ramai kata itulah cara arwah mak dia orang buat. Seriously, Kjee baru aje belajar teknik buat hingga jadi bulat-bulat. Dulu jenuh Kjee letak baking powder bagai tapi tak menjadi.

Rupa-rupanya guna air panas mendidih! Arwah Bonda pun tak tahu teknik ni tau. Kami buat jadi penyek gitu. Hehehe.

Tadi Kjee buat guna 2 cawan tepung (chinese rice bowls) dan 2 cawan air panas. Sebelum dicurahkan air panas tu, Kjee letak ikan bilis halus dan sedikit garam. Kalau letak hirisan bawang dan jugak daun bawang, okay jugak. Tapi stok tarak.

Lepas tepung sudah digaul dengan bilis dan sedikit garam, make a well in the centre of bowl dan curah air panas. Cepat-cepat gaul hingga menjadi doh, guna garfu. Pastu biarkan sejuk (suam) sekejap. Kemudian buatlah bentuk bulat-bulat. Kalau melekit kat tangan, basahkan tangan dulu. Goreng guna api sederhana.

Makan dengan sos cili.

Kjee pernah buat guna udang DISINI.








2 comments:

adda syuhada said...

terliur ... bleh bygkan kesedapannya tu...

ummi_khalish said...

terima kasih k.jee..dil dh try..dh lama teringin cucur bilis kembong ni...pernah makan masa balik mesia haritu..syukran jazilan..maveles...

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...