Tuesday, August 16, 2011

JJCM: AYAM GOLEK MEK SOM TERUS MENGGODA!




Dah lama Kjee dengar cerita kehebatan ayam golek Nara Seafood atau lebih dikenali sebagai Ayam Golek 5-Star atau 5 Bintang di kalangan penggemarnya. Tapi entahlah, selama ini Kjee tak pernah berusaha untuk pergi membelinya.

Dan hari ini, walauapun jarak antara Kpg Kerinci/Pantai Dalam (belakang Angkasapuri) dan Taman Melawati kira-kira ½ jam perjalanan (lalu Highway Duke), Kjee sanggup merentasi segala halangan untuk ke sana. Ewah segala halangan?

Maklumlah ayam golek memang dijual di merata tempat tetapi kalau nak makan yang sedap, kenalah pergi sendiri ke sumbernya! Menurut Unclepali, mula2 ayam golek Mek som ini mencecah pasaran, boleh tahan jugaklah kecuhnya. Sampaikan ada berita kononnya, KFC nak beli resipi dia!

Wow sedap sangat ke? Kjee belum try lagi. Mujurlah bulan puasa, kalau tidak, kata Nadia, dah kami baham ayam golek tu dalam kereta tadi. Hehehe.

Kjee sampai di gerai ayam golek tu lebih kurang pukul 3.45 petang. Walaupun awal, pekerja2 gerai Mek Som tu dah mulakan operasi. Dan berbaris-baris dan bergolek2lah ayam yang dipanggang guna arang! Boleh tahan juga ramai yang beratur. Rata2 membeli dua ekor.

Kjee sendiri beratur kali ini sebab tak perlu berjalan jauh sementara Unclepali amik gambar. Seekor harganya RM20. Kjee jeling kat Unclepali. Berapa ekor? Dia angkat bahu. Hmmmm kalau macam tu punya gaya kena beli 2 ekor. Sebab kalau tidak, Unclepali akan kata, seekor cukuplah. Seekor Kjee suruh dia potong dan seekor dibiarkan bulat!

Oleh kerana tiada pelanggan lain selepas Kjee, maka dapatlah Kjee berbual seketika dengan pekerja yang potong ayam. "Eh kakak ni macam saya kenal!" Itu sudah bagus. Dialog macam itu akan menyenangkan Kjee nak soal siasat dia.

Bisnes Ayam Golek Mek Som ini menggunakan resipi rahsia Malkelsom Abdul Kadir. Kalau bukan orang Kelantan, pasti orang Siam. Sehari mereka menjual 400 ekor ayam golek. Itu hari biasa, kalau hujung minggu? Mamat yang tengah layan Kjee sengih. Maknanya lebih lah tu.

Perniagaan ini sudah wujud selama 20 tahun. Dan ketika mula2 meniaga dulu, seekor ayam dijual antara RM8 hingga RM10. Sekarang dah RM20. Okaylah tu sebab Kjee pun selalu beli ayam panggang Ayam Mas. Harganya mahal sikit.

Setelah membayar RM40 untuk dua ekor ayam golek, Kjee pun cekuplah satu bisnes kad yang diletak situ.  Kalau nak email info@nara.com.my. Nombor telefon untuk memesan 0133869499.

Balik dari situ, Kjee ajak Unclepali ke Hero beli pita bread. Konfiden sangat ayam tu tak habis untuk berbuka nanti so makan dengan pita bread untuk sahur. Hehehe

TERKINI:
Setelah menjamahnya apabila bunyi azan tadi (16/8), Kjee baru boleh bagi komen. Memang sedap sangat2. Patutlah ramai yang memujinya. Yang pasti kesedapannya hingga ke tulang2 ayam! Ayam tersebut telah diperap atau marinate secukupnya! Segala2nya cukup baik di segi rempah ratus yang digunakannya serta cara ia dibakar/panggang! Alhamdullilah. Kjee berani bagi 5 bintang!!!





Related Posts:

  • AYAM BERIYANI MADU RESTORAN MAHBUB, BANGSAR Petang tadi tetiba tekak teringin pulak nak makan nasi Briyani Bukhara di Restoran Mahbub Bangsar. Masa tu dah pukul 3 petang. Hujan lebat pertama kali di Sungai Pelong selepas kira-kira dua minggu. Rasa cukup nyaman duduk… Read More
  • BUBUR NASI BEST DIMAKAN DI HARI PANAS!! Bubur Nasi di Maju Palace Korang rasa makan apa sedap2 di musim panas ni? Ya betul!!! Bubur nasi atau porridge atau congee. Dalam otak Kjee ni tengah berkira2 nak makan bubur nasi atau porridge atau congee ni. Nak buat s… Read More
  • DINNER AT PORTO ROMANO TAMAN TUN DR ISMAILJumaat lepas, Kjee dan keluarga diajak dinner di Porto Romano, sebuah restoran Itali di Taman Tun Dr Ismail. Undangan dari bos lama Kjee, Wan Nor Azmah. Sampai di restoran itu, Marina, anaknya Khalesya dan bibik sudah pu… Read More
  • BUKA PUASA DI RESTORAN 'WARUNG KAYU MANIS'Namanya warung tetapi Warung Kayu Manis ni sebenarnya sebuah restoran di Taman Melawati. Kjee tak pernah makan di restoran ni, tetapi Molly, tauke MJ Burger (yang berkongsi sebelah malam dengan restoran ini), beritahu Kjee, m… Read More
  • MAKAN2 DAN BIRTHDAY ANAK MAZIDUL DI GROUP BASE Birthday boy Afif (kanan). Foto ehsan FB Mazidul. Semuanya sedap Apabila Angel Wong call dua hari lepas ajak Kjee dinner on Saturday nite, dia turut beritahu Mazidul Akmal dan keluarga akan turut sama. Tak sangka Kj… Read More

8 comments:

  1. terliur saya k.jee. tapi nak makan jauh sangat ler nak ke sana..tgk gambar ajelah...

    ReplyDelete
  2. kak jee, ayam situ mmg sedap! kalau bln2 biasa gi, smpai lewat sket je utk dinner, mesti dah habis ayam tu.
    ~ ina ~

    ReplyDelete
  3. sedapnya kak jee ayam golek nie.nonie keja kat ppum mmg kalau bukan bulan puasa lunch time mesti tapau ayam nie,ratah ja x cukup.next time kak jee kena cuba tom yum dia,sedap pada tekak nonie :)

    ReplyDelete
  4. Meletop.....memang mantap...
    Saya dah lama tak kesana...maklumlah dah pindah jauh sikit...Dulu-dulu masa bercinta dengan awek..(sekarang dah jadi wife..) dia duduk kat kerichi..so kalu keluar makan memang nak pekena ayam golek tu...masa tu baru RM12 (tahun 98~99)...

    ReplyDelete
  5. salam kjee,
    esok ida nak pi cari...thanks...tapikan kat belah mana kampung kerinchi kedai ni?...luas area tu...:)

    ida@1001resepi

    ReplyDelete
  6. salam kkida...masuk jer kpg kerinci tanya orang2 kawasan tu mana ayam golek 5 bintang. tapi kalau masuk dari arah angkasapuri, pusing jer kanan, gerai dia nombor dua atau tiga di sebelah kanan jalan. kena buat u-turn nak pergi ke gerai tu.

    ReplyDelete
  7. salam kak jee.. saya duk jauh ni camne nak dpt ayam ni kan.. hurmm nak bodek kak jee ni.. kan kakjee terror gilozz bab meneka bahan2 yg digunakan.. bleh kakjee? hihihihhi..

    ReplyDelete