Wednesday, August 17, 2011

PENIAGA TAK PEKA ATAU CUBA MENGELIRUKAN?


Asing segera mentega DNA babi

SEBUAH pasar raya terkenal di Pulau Pinang masih menempatkan mentega DNA babi bersama mentega halal di tempat sejuk beku semalam.


KUALA LUMPUR - Semua pengusaha pasar raya dan peruncit diminta mengasingkan segera mentega jenama Pure Creamery Butter-Golden Churn yang disahkan mengandungi asid deoksiribonukleik (DNA) babi ke dalam rak seksyen tidak halal dengan segera.
Ia bagi mengelakkan umat Islam daripada terbeli mentega berkenaan sebagai bahan membuat kek dan biskut sempena menyambut Hari Raya Aidilfitri tidak lama lagi.
Ketua Bahagian Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Mohd. Roslan Mahayuddin berkata, pihak berkenaan juga perlu melupuskan logo halal yang tertera pada bungkusan mentega tersebut.
"Kami meminta kerjasama semua pengusaha pasar raya dan peruncit supaya mengasingkan segera mentega mengandungi DNA babi itu daripada rak halal ke dalam rak tidak halal dengan segera,'' katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) semalam mengesahkan mentega Golden Churn yang dipasarkan di Malaysia disahkan tidak halal kerana mengandungi DNA babi.
Sementara itu, Eksekutif Perhubungan Awam pasar raya Carrefour, Salmieah Mohd. Zin berkata, pihaknya telah menghentikan penjualan mentega tersebut dua minggu lalu selepas pengguna mula meraguinya.
"Kita ada dengar cerita mentega ini ada DNA babi dan disebabkan logo halalnya bukan daripada Jakim, maka penjualannya kita hentikan dua minggu lepas," katanya.
Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini.

Related Posts:

  • KLIP BERITA SANA SINI 1 OGOS 2011 PM ajak rakyat imarahkan RamadanKUALA LUMPUR 31 Julai - Ramadan adalah peluang terbaik untuk memperkukuhkan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia melalui keunikan yang terdapat di negara ini kerana mempunyai pelbagai kaum da… Read More
  • FARID KAMIL DAPAT TAHU INDIVIDU LAKUKAN UGUTANOleh KEMALIA OTHMANFarid KamilPETALING JAYA: Pelakon Farid Kamil mengakui dapat mengesyaki beberapa pihak terlibat melakukan ugutan agar dia menjauhkan diri dan tidak menjalinkan apa-apa hubungan dengan pelakon jelita, D… Read More
  • USAH HINA ASHRAF HAFIZ - ALFATIHAHOleh Faiza Zainudin, Shaarani Ismail dan Nadia Hamidbminggu@bharian.com.my2011/07/30 MAK Yah (kiri), ibu Allahyarham Mohd Ashraf Hafiz Abdul Aziz (kanan) ketika menunggu jenazah di luar Rumah Mayat Hospital Sultanah Nur Zahir… Read More
  • KLIP BERITA SANA SINI 3 OGOSPos Malaysia tawar kadar rata bagi kad ucapan KUALA LUMPUR - Pada kadar promosi 50 sen sahaja, rakyat Malaysia boleh menghantar kad ucapan perayaan pelbagai saiz dengan berat tidak melebihi 50 gram ke seluruh destinasi di Mal… Read More
  • JOM PAKAT MASAK SENDIRI!!Juadah popular semakin mahal SEORANG peniaga, Yusof Mahdom sibuk membakar ayam dan ikan untuk dijual sepanjang Ramadan di Pasar Datuk Keramat, Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA KUALA LUMPUR 2 Ogos - Beberapa peniaga di bazar… Read More

4 comments:

  1. cedih tgk pengusaha kek lapis sarawak...ngapa la dr dulu x d kaji, ngapa baru skrg..

    ReplyDelete
  2. Memang mengelirukan kalau diletak sekali dengan mentega halal yang lain. Kalau orang tak tahu berita tentang Golden Churn ni, pasti akan terbeli.

    p/s : I've started baking the cookies untuk orders. Nak settle orders dulu, baru nak buatkan untuk rumah mak, rumah family hubby dan rumah sendiri... aduyai, sempat ke dak ni!!! Huwaaa....

    ReplyDelete
  3. Oh now wonder so cepat MF! Rajin u amik orders. Kjee tak larat. Maybe buat tarts for my brother (ahmad fauzee) sikit, my SIL kat kampung dan ada dua tiga kawan and for my hse. MIL tak payah dibuatkan cos my neices pandai beli biskut tunjuk. Nenek dan mama dia orang bayar. hehehe

    ReplyDelete
  4. Kesian mereka yang dah beli berketoi2 stok butter nie.tapi nak wat camne kan, kene akur la , apa yang dimakan bakal jadi darah daging :)

    ReplyDelete