Friday, August 12, 2011

SEMUA YANG MENGUCAP PERLU PERTAHAN AKIDAH - NOH GADUT


Umat Islam diminta bangkit mempertahankan akidah mereka tanpa perlu takut kehilangan sebarang jawatan termasuk kepentingan politik.
Penasihat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ), Datuk Noh Gadut berkata, semua yang mengucap dua kalimah syahadah dan beriman kepada Allah SWT perlu mempertahankan akidah mereka tanpa sebarang kompromi.
“Saya meminta agar isu agama ini tidak dipolitikkan. Jangan kerana takut hilang kuasa, pengaruh maka ia dipolitikkan. Kuasa politik hanya sementara sahaja, yang kekal hanya di akhirat kelak.
“Tidak ada pilihan bagi umat Islam dalam mempertahankan akidah mereka kerana ia merupakan kewajipan mutlak,” tegasnya.
Beliau mengulas kenyataan Mufti Selangor, Datuk Seri Mohd. Tamyes Abd. Wahid dan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria yang menyeru umat Islam bersatu mempertahankan akidah Islam daripada diganggu gugat dan dicemari oleh musuh agama.
Tambah Noh, mempertahankan akidah merupakan maqasid syariah iaitu matlamat syariat Islam yang wajib dipertahankan.
“Saya menyokong penuh tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) yang bertindak memeriksa gereja Methodist di Damansara Utama di samping kenyataan dua mufti tersebut.
“Semua umat Islam dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam diminta bangun untuk mempertahankan akidah. Kita bukan hendak mengeruhkan keadaan, cuma ingin menyatakan hasrat, penjelasan dan hak kepada bukan Islam mengenai perkara itu,” jelasnya dipetik dari Utusan Malaysia.
Beliau menegaskan, isu akidah bukan perkara kecil kerana ia melibatkan soal syurga dan neraka serta merupakan salah satu daripada Rukun Iman.- AGENDADAILY.COM

Related Posts:

  • SELAWAT KEATAS RASULLULLAH ALAHI SALAM innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f… Read More
  • POHON DOA UNTUK DAMIA FARZMIL DAN NOR FARIZAH MOHD NOR AKA FIJA Salam semua. Adik Damia Farzmil dimasukkan semula ke CICU kerana keadaannya yang kembali tidak stabil. Pohon doakan untuk Damia dan juga ibunya ketika membaca Surah Yassin nanti. Terima Kasih banyak2. Hanya Allah swt yang … Read More
  • JOM TAMBAH SAHAM UNTUK AKHIRAT Musim itu sudah hampir tiba. Musim yang kita nanti2kan iaitu bulan2 menjelang Ramadhan Al Mubarak. Ketika inilah kita harus mempergiatkan amalan dan jugak sedekah sebagai saham kita di sana nanti. innity_pub = "d… Read More
  • DOA BUAT ADIK DAMIA FARZMIL Salam semua. Adik Damia Farzmil, 15 tahun telah menjalani pembedahan membetulkan kebocoran pada injap jantungnya pada jam 8.30  pagi tadi (28/09/11). Bagaimanapun, selepas keluar dari bilik pembedahan kul 4.30 petang, … Read More
  • SURAH YASSIN innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f… Read More

7 comments:

  1. ambil ingatan pesanan mufti dan mantan mufti tuh...

    ReplyDelete
  2. susah anis dah komen issue ni...terima kasih kak jee sbb pos. =)

    ReplyDelete
  3. Saya setuju tapi caranya jugak kena halus dan berseni. Biarlah nanti lebih ramai mendekati Islam bukan takut pada Islam.

    ReplyDelete
  4. kisah ni dah lama menular....cuma kecoh kejap then senyap...pengajaran agama sepatutnya bermula dari kecil lagi...dan perlu sentiasa diterap...susah nak kata..moga dijauhkan benda2 camni..huhuhu...
    kak jee mak saya kirim salam...nama mak saya mak esah...mak saudara ita mak wok...

    ReplyDelete
  5. wlaikum salam. Iva. Salam buat bonda awak. lama betul tak jumpa.

    ReplyDelete