Saturday, December 10, 2011

FIKIRAN TERGANGGU MENDENGAR KISAH ARTIS INI

ehsan google



Semalam apabila sembang2 dengan geng Jelita, Kjee dapat confirm satu berita mengenai seorang artis yang sangat Kjee minat. Segala apa yang Kjee dengar selama ini ada kebenarannya walaupun artis itu seringkali menyangkal berita tersebut. Fikiran Kjee cukup terganggu ketika itu.




Berita apa? Mesti korang saspen kan?!! Well, biasalah, rumahtangga mana yang tidak pernah dilanda gelora. Tetapi yang sedihnya, artis yang Kjee kenali lebih 15 tahun lalu, sudah dua kali berkahwin. Kali kedua ni dapat anak yang cukup comel.

Perkahwinan pertamanya dulu, juga dengan seorang artis, tidak berjaya dipertahankannya. Kemudian dia kahwin sekali lagi, kali ini dengan anak teruna. Tetapi sejak akhir2 ini banyak cerita kononnya rumahtangganya dilanda badai sebab suami main kayu tiga dengan teman sepejabat.

Tetapi Kjee respek artis ini. Dia sibukkan dirinya dengan tugas. Rezekinya melimpah ruah. Jadi Duta sana Duta sini. Pabila berdepan dengan orang, senyum sahaja sekali gus membuat orang yang pernah mendengar cerita rumahtangganya, berteka teki.

Apapun, Kjee tak mahulah ulas lagi panjang lebar. Tetapi Kjee berharap dia akan terus tabah menghadapi dugaan buat kesekian kali dari Allah swt. Sesungguh Allah swt selalu menguji orang yang sabar. Dan semoga dia perolehi kebahagian yang dicarinya selama ini. Insya Allah.

Semalam, ketika menghantar sahabat Kjee, Saodah Ismail ke rumah kakaknya di Taman Datuk Senu, Sentul selepas majlis hi tea Jelita, Nadia yang memandu, drive melepasi rumah yang pernah didiami oleh artis itu bersama ibu dan adiknya ketika dia baru menjadi artis. 

Nadia yang mungkin ketika itu berusia 5 tahun, terus kata. "Eh mama ini buka rumah artis tu ker? Mama pernah bawak Nadia datang sini." Kjee senyum kelat. Begitu kuat memori Nadia walaupun masih kecil ketika itu.

Dalam bab memilih jodoh, sebenarnya kita hanya mampu merancang. 

Nadia pernah tanya Kjee: "Mama agaknya macam mana lelaki yang bakal jadi suami Nadia.." Entahlah sayang. Sama2lah kita berdoa agar kamu mendapat seorang suami yang baik dan soleh. Dapat membimbing kamu ke jalan Allah dan punya anak2 yang soleh dan solehah serta baik kepada ibunya seperti apa yang Mama dapat dari kamu! Ameen.

Sesungguhnya, jodoh pertemuan, ajal maut di tanganNya.

  


10 comments:

  1. Pernah juga bertanya diri sendiri bgaimna jodoh saya dulu2........ajal maut, jodoh, ketentuan dariNya, siapa kita utk menolaknya.

    ReplyDelete
  2. macam tau je sape artis ni..mungkin ni dugaan wat dia.harap dia tabah dan sabar menemph segalanye..

    ReplyDelete
  3. boleh agak siapa artis tu. moga dia tabah dan apa pun berlaku ia bukan penamat kehidupan. mungkin dah takdir untuk dia, bersabarlah. peminat akan sokong dia selagi dia jadi wanita yang bermaruah.

    ReplyDelete
  4. berteka-teki saya.. sapa lah artis tu.. respek lah kalo dia boleh bertahan dan tidak terbawa2 dgn hal rumah tanggan dlm kerjaya. sepatutnya semua pun begitu..

    ReplyDelete
  5. kecantikan tidak menjamin kebahagiaan .. apa yg si suami mahukan sebenarnya ..

    ReplyDelete
  6. Dear Kak Jee,

    Pada saya, Kak Jee lah anugerah Allah yang tidak ternilai harganya buat Nadia. Membaca tulisan-tulisan Kak Jee selama ini, saya dapat rasakan saratnya kasih-sayang Kak Jee buat Nadia. My mom pun tak pernah seumur hidup saya panggil saya "my princess" or whatsoever sweet names. So Nadia memang sangat-sangat beruntung!

    ReplyDelete
  7. Macam Erra Fazira je yang dimaksudkan.

    ReplyDelete
  8. tula, cam tau je siapa yg kak jee maksudkan... hehehe..

    ReplyDelete
  9. bagus sikap artis yang tidak menunjukkan perit yg dihadapi. kesian dapat suami yg tak tahu menghargai, kesian juga dengan si comel.

    ReplyDelete
  10. Sabar la Erra....mungkin di dunia Erra tak kecapi kebahagiaan...insya -allah selagi Erra Redha dan sabar dengan ujian Allah SWT ....mungkin di sana kelak ada nikmatnya....Erra insan terpilih diuji...kerana tak semua wanita mampu diuji sebegini....

    ReplyDelete