Sunday, December 4, 2011

JOM PEKENA PULUT DURIAN DI SUNGAI BULUH




Musim durian dah bermula. Hari tu Kjee pergi Alor Setar, singgah di R&R Bukit Gantang sebab Dato Hafifi Hafidz yang follow kami asyik citer pasal durian. So Unclepali pun stop lah kat situ. Dato Hafifi turun dan terus hilang. Ingatkan dia pergi tandas. Rupa2nya beliau dok sibuk ikut deria baunya ke arah gerai deghoyan.




Hmm memang sedap sangat dan terlalu murah! 1 kilo RM6 jer. Kjee pernah makan di KL durian yang dah lama gugur tetapi harganya RM30. Yang kat R&R Bukit Gantang ni, deghoyan Perak yang fresh sangat sebab baru gugur.

Tadi balik dari tengok rumah di Sungai Buluh, Nadia dah kelaparan. So kami singgah di satu gerai. Dari jauh dah nampak poster dia jual pulut durian. Kjee makan nasi dulu pastu untuk dessert orderlah pulut durian. Ingatkan pulut makan dengan serawa durian. 

Rupa2nya, tiga ketul durian yang baru diletakkan atas satu mangkuk pulut dan dicurahkan dengan santan yang manis. Rasanya, jangan cakaplah sedap sangat2. Harganya kalau tak silap RM4.50.

Esok lusa nak gi beli durian dan buat cara tu. Tak payah masak macam serawa. enak banget, dong!! Gerai yang mana satu? Hah sambil garu2 kepala  oh ya yang dekat dengan ayam pusing lada hitam. Ada tiga empat gerai jual ayam pusing (ayam golek) kat situ. Pepandai lah korang cari sebab ada satu gerai jer yang jual pulut durian. 

Ghairah sekali Dato Hafifi. Ini di R&R Bukit Gantang, Perak






Related Posts:

  • BUKA PUASA DI RESTORAN 'WARUNG KAYU MANIS'Namanya warung tetapi Warung Kayu Manis ni sebenarnya sebuah restoran di Taman Melawati. Kjee tak pernah makan di restoran ni, tetapi Molly, tauke MJ Burger (yang berkongsi sebelah malam dengan restoran ini), beritahu Kjee, m… Read More
  • BERBUKA MENU WESTERN DI ARIMA CLASSIC Beef ala Classic Hah semalam kami gi makan makanan omputih airtangan orang Melayu! Hehehe. Ada pulak yang tanya Kjee, kenapa masa nak masuk bulan Ramadhan ari tu Kjee kata tak mau makan kat luar. Tapi sejak puasa dah dua… Read More
  • DURIAN CAKE YANG ENAK BANGET Heavenly Durian Cake Dan dua hari asyik teringat keenakannya, hari ni baru dapat makan. Yezza Durian Cake restoran Group Base yang enak banget! Kalau makan di restoran itu (sebelum bulan Ramadhan), Durian Cake ini mesti… Read More
  • LAUK PAUK MINANG...TUNJUK HEHEHE Gulai tunjang Hari ni Kjee letih sangat. Banyak sangat kerja. Pastu cuaca tersangatlah terik. So bila panas, vitamin M meluap2. Ingatkan nak gi buka puasa kat luar tapi last minute ubah fikliran sebab kat luar panas. in… Read More
  • NOODLE SOUP DI TAIWAN NOODLE HOUSE, AMPANG POINT Beef Ball Noodle Soup Semalam Kjee ke Ampang Point selepas jemput Nadia balik dari kuliah. Teringin nak makan kat Taiwan Noodle House di tingkat 1. Dah terlanjur ke sana, Kjee planlah nak cari hadiah Hari Raya untuk Bon… Read More

12 comments:

  1. waduh sedapnyer kakjee..pulut durian style owg kelantan mmg makan durian fresh ngan kuah santan..perghh!! my mom pun selalu wat style gini..xyah wat serawa durian dah..lg satu kalu kakjee nk makan durian santan ni ngan nasi pun sedap gak!

    ReplyDelete
  2. betul Ina. Makan dengan nasi pun sedap sangat but tak pernah buat kat rumah hanya makan kat rumah kawan.

    ReplyDelete
  3. Salam kak Jee, kalo kat rumah kami memang makan durian cara gitu..lagi best kalo dalam santan tu diletakkan sedikit garam..masa makan tabur lak gula..aduh lemak merdu gitu. ke Sungai Buloh Area mana kak?..awat tak singgah rumah hhehe..

    -Sally yang malas nak log in hari ni-

    ReplyDelete
  4. Insya allah kat Sungai Pelong, tak jauh dari Paya Jaras.

    ReplyDelete
  5. Bila tengok gambar isi durian Kjee ni....mulalah datang keinginan yang meluap-luap nak makan durian.... nak cari duriannnnn...nak cari durian!

    ReplyDelete
  6. kak jee, orang utara makan pulut derian macam tu...sedapppppppp

    ReplyDelete
  7. huishhh sedapnya durian..baru semalam sy makan durian ngan nasi. sayangnya nasi tak berapa nak panas...

    ReplyDelete
  8. Wah suka lah kau dapat makan durian, durian kat rumah aku tak berbuah pulak hujung tahun ni.

    ReplyDelete
  9. as salam .. nak juga kongsi cara kami orang utara makan durian. PERTAMA, macam yang KJ makan tu. Tapi santannya nak pekat baru sedap ( bukanlah pati santan ye ). Tapi kami tak letak gula dah sebab duriandah manis. Letak garam sikit ke dalam santan tu. KEDUA, pulut di kukus dan di gaul dengan santan dan bila dah agak rata santannya, biar sekejab. Kemudian boleh cedok dan makan dengan durian tanpa perlu meletakkan santan lagi dah. Ini di panggil pulut lemak. KETIGA, pulut lemak tadi boleh di balut dengan daun pisang ( ala pulut panggang gitu tapi lebeh tebal ) dan dan dibakar. Masak pulut cara ini tahan lebih lama ( kalau buat pagi, sampai ke malam pun tak basi ) dan terus di makan dengan durian. Pulut nya ( kami panggil pulut bata sebab bentuknya mak buat empat segi gitu ) terasa agak rangup di luar ( sebab di bakar ). Bagi saya, ketiga-tiga cara sedap sangat. Sha

    ReplyDelete
  10. Salam..nak jugak kongsi,,kalu kat terengganu yg mcm k.jee mkn tu mmg kitorg panggil pulut durian...kalau durian yg masak skali ngn santan tu kitorg panggil pengat durian..tp mkn pulut durian lebih terangkat sebab terasa duriannya yummmm

    ReplyDelete
  11. Slm kak..nak tanya yg pulut durian tu ada lagi ke..?paya jaras tu area pasar mlm tu ke?

    ReplyDelete
  12. Salam Juliana,

    ada lagi. Bukan kat Paya Jaras tadi kat Pekan Sungai Buloh. Yang ada deretan gerai2 makan yang jual ayam golek.

    ReplyDelete