Friday, December 30, 2011

KISAH JUMPA BOMOH NAK BAGI BOFREN MATI PUCUK


Gambar hanya hiasan ehsan google.


Pagi tadi ada seorang fren tanya Kjee kenapa tak tulis mengenai tiga wanita yang pergi bomoh untuk bagi suami mereka mati pucuk. Kalau nak tahu, salah seorang daripada wanita itu ialah Kjee!! TETAPI korang jangan cepat melatah. Kjee pergi bukan nak buat suami. Masa tu Kjee ibu tunggal. Got no suami to make mati pucuk. Kahkahkah.


Apapun, korang janganlah risau nasib yang akan menimpa Unclepali ekoran Kjee kenal bomoh yang boleh buat lelaki mati pucuk. Kjee tak amalkan ilmu cam tu. Nauzubillah!! Arwah bonda dah pesan, jangan sesekali buat ilmu hitam kat suami. Neraka padahnya!!! Gua tak sangguppp!!!!

Anyway, alkisahnya. Ini berlaku kira kira 20 tahun lalu kot. Dulu masa Kjee jadi wartawan, Kjee suka buat kisah mistik selain hiburan. Kjee interview bomoh susuk, bomoh urut guna ayam dan macam2 lagi. Kjee kan pernah kerja surat khabar nyamuk yang suka citer2 cam tu.

Satu hari Kjee didatangi oleh seorang teman. Suami dia memang handsome giler. Dia kata suami dia kaki betina. Hari2 dia telefon mintak tolong sebab dia kata Kjee tentu kenal ramai bomoh. Ewah macam lah betul. 

Kemudian dia datang dengan kawan baik dia (yang jugak Kjee kenal) yang jugak suami dia kononnya mata keranjang. Kjee fed-up. Terus call abang angkat Kjee ni, tanya dia siapa boleh tolong. Dia beri nombor telefon pakcik ni di Kampung Tasik Tambahan Ampang.


foto2 ehsan google

Kjee pun pergilah bawak dua wanita ini. Bomoh tu suruh bawak paku sepanjang lima inci (kalau tak silap), kepala ayam hitam dan duit sebagai pengeras. Bomoh ni orang Indon. Kjee perhatikan aje dari jauh dan senyum tengok bomoh tu berurusan dengan dua wanita ni. Mereka mahu suami mereka supaya tak selera pada wanita lain.

Lepas habis urusan, kami balik. Dua hari lagi kena datang, kata bomoh tu. Kami pun balik.

Malam tu, bomoh tu call Kjee. Dia bukak kata begini :"Awak pasti ke yang salah seorang perempuan tu dah kahwin?" Eh pastilah. Dia kata dah, kata Kjee. Bomoh tu kata, belum lagi sebab bila dia jampi paku tu, paku itu keluarkan api (sparks). Maknanya, wanita itu belum lagi kahwin!

Kjee punyalah hot. Malam tu jugak Kjee call pompuan tu. Pompuan tu mulanya bersumpah kata dia dah kahwin tetapi apabila Kjee beritahu apa bomoh tu cakap, dia terus menangis. Kantoi!! Kjee pun call bomoh tu supaya jangan tolong pompuan tu. Malah tak payah tolong dua2 sekali sebab niat dia orang tak betul.

Tapi bomoh tu kata, tak mengapa. Dia akan mohon Allah swt supaya suami dan kekasih kedua2 wanita itu kasih dan sayang kepada mereka.

Bagaimanapun, pompuan yang belum kahwin tu tak puas hati. Dia call bomoh tu suruh buat jugak apa yang dia suruh! Kjee jadi bengang. Manusia cam ni ada jugak yer.

Anyway, pendekkan cerita, Kjee mula fikir2 nak paling tadah. Lelaki yang dia kata suami tu, jugak kawan baik Kjee. So Kjee tiada pilihan dan beritahu lelaki itu. Dia ke rumah wanita itu dan menemui barang2 yang disimpan wanita itu dibawah katil.

Itulah alkisahnya. Ada lagi kisah lain seorang artis suruh Kjee tanam 'barang' kat rumah madu dia. Dia isteri muda. Masa tu Kjee kerja dengan suami artis itu. Kerana takut, Kjee pun pergilah...tapi belum sempat tanam, bos Kjee dah ada depan rumah dan tangkap Kjee. Hehehe kelakar betul.

Lepas ini, korang jangan nak pandai2 suruh Kjee cari bomoh untuk korang tau. Kjee tak ada masa. Tapi kalau korang nak bomoh yang boleh puuhhh kanan puhhh kiri, Kjee tahulah. Eh bukan tahu...Kjee pun boleh buat. Kahkahkah.

Eh ada lagi lah. nak tahu apa citer dua wanita tu. Yang dah ada suami tu, gagal jugak nak tambat hati suami dia. Suami dia kahwin lagi dan khabarnya sekarang dah ada 3 isteri termasuk dia! Dan yang pompuan tu? Well, kawan lelaki Kjee tu terus tinggalkan dia dan dah kahwin dan happy sekarang. Pompuan tu? Emmm masih menilau cari mangsa. Dan Kjee dengar bofren terbaru dia, Awang Hitam. Nak yang powerrr kot. Hehehe.

So the moral of my entry...JANGAN PERCAYA BOMOH YANG AMALKAN ILMU HITAM!! Dan tak payahlah buang duit nak buat orang yang kita sayang mati pucuk. Hehehe

6 comments:

  1. hahahaha..mcm2 kjee ni.kelako

    ReplyDelete
  2. hmmm.... saya naik benci ngan orang yang gunakan 'gunaguna' macam ni.... nampak sangat tak percaya diri sendiri....

    ReplyDelete
  3. saya pernah jumpa bomoh minta di ' padamkan' minat suami yang suka sangat tengok gambar lucah, tonton cd lucah, baca citer lucah malah buat koleksi lagi. Berfolder-folder !! Apa saja berkait dengan perkara lucah dan sex, amat diminatinya. Bukan saya tak berdoa pada NYA, malah itulah salah satu doa saya seharian. Ni dok berhajat nak gi Umrah dan minta pada NYa didepan Kaabah. Puas di nasihat dahhh .. masih tak berubah. walhal dan beranak bercucu pun.

    ReplyDelete
  4. kak jee bley bg sye no fon bomoh tu x....

    ReplyDelete
  5. Tak tahu dah. Lebih 20 tahun lalu. Ntah hidup ke tidak lagi.

    ReplyDelete