Thursday, February 9, 2012

ASAM PEDAS DAGING DENGAN KENTANG




Angin rajin melanda. Dah mula memasak balik. Hehehe. Kalau semalam goreng ikan patin dan buat kicap cili api untuk cicah, hari ni, maju setapak lah. Ewah. Kjee buat asam pedas daging dengan kentang dan goreng sayur buncis.



Pelik ke asam pedas daging bubuh kentang? Isyhh kita yang buat dia. Suka ati lah nak bubuh apa pun kan? Tapi bubuh kentang memang enak banget! Tak percaya korang cubalah. Mesti tak menyesal punya!

Actually daging yang Kjee gunakan hari ini adalah baki daging korban hari tu. Adik angkat Kjeem Sharifah Rosidah yang bagi masa dia buat korban Raya Haji lepas. Tapi dah simpan dalam freezer masih elok. Oppps periuk dia bagi sup tulang ari tu masih belum pulang. Nanti aku pulangkan ya Shidah.

Daging tu tadi Kjee rebus guna pressure cooker jadi lembutnya...alahai tersangatlah best buat asam pedas daging. Air rebusannya Kjee masukkan sekali selepas tumis bahan2 tumbuk. 



Kjee dah pernah bagi resipi Asam pedas Dagingnya kat blog ni. So tak payahlah bagi lagi. Korang klik jer sini. Ganti dengan ayam pun sedap. Pernah makan kat Sedenak dulu. Kalau Sedenak Rumah siapa lagi kalau tidak Che Mat Gebu yang femes seantero dunia tu!

Jangan lupa menerai Asam pedas Daging dengan Kentang ni. Kjee buat kuahnya lebih sikit sebab kalau ada baki, esok boleh makan dengan roti canai frozen. Sodap tau!


Related Posts:

  • STEW DAGING KORBAN          Alhamdulillah apabila Faizah Shahbudin beri daging Korban hari itu, lama juga fikir nak masak apa. Kemudian apabila tengok Kjee tak sihat, UnclePali simpan dalam freezer. Tiga har… Read More
  • DAGING ASAM REBUS        Asam rebus daging ke Daging Asam Rebus? Macam2 lah Kjee ni. Alaaa kita yang buat dia kan? Sukatilah nak letak nama apa pun.        Ini resipi arwah Mak. Dia… Read More
  • BUBUR LAMBUK SEDAP        Sejak Kjee terbaca satu rencana kononnya pengidap Diabetes tidak boleh makan nasi lembik termasuk bubur, Kjee jadi takut. Itu yang buat Kjee jauhkan diri dari bubur favorite Kjee ni.&nbs… Read More
  • SOS DAGING        Ini satu lagi comfort food Kjee. Suka sangat buat banyak2 kemudian dibekukan dalam bekas-bekas kecik cukup untuk sekali makan. Bila nak makan, panaskan.        S… Read More
  • 143. kuih bakar daging Kuih bakar daging ni favourite anak kjee masa dia kecik. Dia panggil pizza melayu. Sedap sangat makan dengan cili sos. Tapi kalau nak buat kuih bakar ni ada syarat. Tak boleh kedekut bahan2nya. Untuk tiga biji kuih ni,… Read More

5 comments:

  1. sedapppppppp nya k.jee
    saya pun selalu letak kentang dlm asam pedas,rendang bla bla bla
    belasah je kan kak sbb kita buat dia hhaha

    ReplyDelete
  2. Ok, esok saya masak letak kentang pulak...Betul tu kak jee, kita yg buat dia, jgn kita letak kayu balak sudah lah dalam asam pedas..hahaha....

    ReplyDelete
  3. sedappppnyaaaaa...nak cuba lah resepi aunty jeee ni...

    ReplyDelete
  4. Kalau tambah tetel lagi meletops ni KJee... oh! mkn kat Sedenak ya?? Dekat ngan umah sy umah CMG tu.. hehe. Org Jhr mmg tak bleh dipisah ngan asam pedas..:-))

    ReplyDelete
  5. Adeh bestnye..terasa nak g cari daging pulak buat masak asam pedas:)

    bak kata sari yusa, ada tetel lg meletops!

    ReplyDelete