Thursday, February 9, 2012

ASAM PEDAS DAGING DENGAN KENTANG




Angin rajin melanda. Dah mula memasak balik. Hehehe. Kalau semalam goreng ikan patin dan buat kicap cili api untuk cicah, hari ni, maju setapak lah. Ewah. Kjee buat asam pedas daging dengan kentang dan goreng sayur buncis.



Pelik ke asam pedas daging bubuh kentang? Isyhh kita yang buat dia. Suka ati lah nak bubuh apa pun kan? Tapi bubuh kentang memang enak banget! Tak percaya korang cubalah. Mesti tak menyesal punya!

Actually daging yang Kjee gunakan hari ini adalah baki daging korban hari tu. Adik angkat Kjeem Sharifah Rosidah yang bagi masa dia buat korban Raya Haji lepas. Tapi dah simpan dalam freezer masih elok. Oppps periuk dia bagi sup tulang ari tu masih belum pulang. Nanti aku pulangkan ya Shidah.

Daging tu tadi Kjee rebus guna pressure cooker jadi lembutnya...alahai tersangatlah best buat asam pedas daging. Air rebusannya Kjee masukkan sekali selepas tumis bahan2 tumbuk. 



Kjee dah pernah bagi resipi Asam pedas Dagingnya kat blog ni. So tak payahlah bagi lagi. Korang klik jer sini. Ganti dengan ayam pun sedap. Pernah makan kat Sedenak dulu. Kalau Sedenak Rumah siapa lagi kalau tidak Che Mat Gebu yang femes seantero dunia tu!

Jangan lupa menerai Asam pedas Daging dengan Kentang ni. Kjee buat kuahnya lebih sikit sebab kalau ada baki, esok boleh makan dengan roti canai frozen. Sodap tau!


Related Posts:

  • SEDAP DIRATAH BEGITU SAJA Dua minggu lepas Kjee buat tapi tak puas makan. Masa itu Kjee jamu abang Fauzee dan keluarganya. Ingatkan dah banyaklah Kjee buat tapi rupa2nya habis sekelip mata. Kjee punyalah ralat. Malu pun ada tetapi tak sangka anak2 … Read More
  • DAGING MASAK SOS LADA HITAM Menu ni biasa jer. Ramai orang tahu buat. Menu paling mudah dalam dunia. Ada orang bagi nama Blackpepper Beef dan macam2 lagi nama. Kjee bagi nama simple jer...Daging Masak Sos Lada Hitam. Tadi Kjee intai2 jugak blog masaka… Read More
  • BURGER BAKAR? HMMMM Burger bakar special RM10.50 Nak sosej tambah RM1.50 Ada member Kjee beritahu suruh cuba burger bakar yang kononnya menjadi kegilaan ramai penghuni kota. Kjee adalah nampak satu atau dua gerainya di beberapa kawasan d… Read More
  • DAGING TETEL BUAT KARI SAMA KENTANG NAK RESIPI KLIK SINI Kari daging tetel. Korang tahu ke apa itu daging tetel? Ianya adalah cebisan potongan daging yang dijual oleh pejual daging tempatan. Daging beku yang diimport tiada tetel. Tetel ini terjadi apab… Read More
  • DAGING MASAK SELASIH AKA KAPRAU innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f00… Read More

5 comments:

  1. sedapppppppp nya k.jee
    saya pun selalu letak kentang dlm asam pedas,rendang bla bla bla
    belasah je kan kak sbb kita buat dia hhaha

    ReplyDelete
  2. Ok, esok saya masak letak kentang pulak...Betul tu kak jee, kita yg buat dia, jgn kita letak kayu balak sudah lah dalam asam pedas..hahaha....

    ReplyDelete
  3. sedappppnyaaaaa...nak cuba lah resepi aunty jeee ni...

    ReplyDelete
  4. Kalau tambah tetel lagi meletops ni KJee... oh! mkn kat Sedenak ya?? Dekat ngan umah sy umah CMG tu.. hehe. Org Jhr mmg tak bleh dipisah ngan asam pedas..:-))

    ReplyDelete
  5. Adeh bestnye..terasa nak g cari daging pulak buat masak asam pedas:)

    bak kata sari yusa, ada tetel lg meletops!

    ReplyDelete