Tuesday, May 29, 2012

CLUB SANDWICH FOR BRUNCH




Hari ini tak berapa sihat. Jadi untuk breakfast, Kjee buat club sandwich jer agar tahan kenyang sampai petang sikit. So selamatlah kudrat sikit. My breakfast jadi Brunch - breakfast + lunch.

Malam tadi balik dari dinner, Unclepali singgah di pam minyak Petronas. Kjee suruh dia intai kalau ada roti gardenia seeds and grains. Tapi dia beli roti butterscotch. Kjee memang tak pernah try jenis ini. Tapi baunya macam harum. Harga RM4.20.

So tadi Kjee keluarkan smoke salmon atau ikan salmon salai dan juga lean beef (Jangan bimbang. Dua2 halal) dan prepare club sandwich. Unclepali tolong grill roti butterscotch. Sejak suka makan roti yang dibakar atas grill pan, kami dah tak pandang bread toaster lagi. Hehehe.

Selain Kjee lapiskan dengan smoke salmon dan lean beef (Unclepali grill sikit sebab dia memang kureng sikit bab yang dah tersedia disalai), cheddar cheese dan salad. 




Dah settle dah brunch dengan 1 mug Cameron Highlands Strawberry Flavored tea. Kalau ditanya memanglah kenyang. Maunya tak kenyang kan? Anyway, breakfast kena makan kenyang2. Pastu kalau skip lunch, dinner kul 6, okaylah tu.

Lepas ngap sandwich, Kjee teringat buah mangga (mempelam) yang beli di Taman Melawati semalam. Tiga kilo RM10. Kjee suruh Unclepali pilih yang 'berkarat' sedikit sebab ada orang kata, gerenti manis. Memang sungguh!!!

Lepas ni nak rehat jap. Cuaca di luar mendung. So hari ni kensel nak cuci baju.



Related Posts:

  • BURGER AYAM ROTI PITA Bukan susah nak buat burger sendiri from scratch, kat rumah. Sejak UnclePali dah pandai buat, dah tak berapa nak selera lagi makan store bought pattie burger. Memang lain rasanya kalau kita buat sendiri. Selain… Read More
  • CUCUR KENTANG PERISA BILIS UNTUK SARAP Had this for breakfast tadi. Bulan lepas ia menjadi fav ramai di Facebook. Memang sedap untuk breakfast atau teatime. Kjee buat guna tiga biji kentang yang sederhana besar sahaja tadi. Unuk me and my other half. Nadi… Read More
  • IDEA SEDIAKAN MENU ROTI YANG TAK MEM'BORING'KAN. Kalau korang bosan makan roti untuk sarapan setiap hari, dapatkanlah idea macam mana hendak buat sarapan menggunakan roti yang menyelerakan. Kjee tak pernah rasa bosan makan roti. Ada pelbagai jenis roti di pasaran… Read More
  • FISH BURGER GUNA IKAN TEMPURA Hari ni breakfast Fish Burgers lagi. Kali ni UnclePali buat guna Tempura Black Pepper Fish Fillets. Sedapppp. UnclePali jugak panaskan Fresh Mushroom Soup. Berbaki dari aritu. Simpan frozen. … Read More
  • GRIILED CHEESE SANDWICH RACHEL STYLE Asyik terliur jer tengok Rachel Ray of 30 Minutes Meals di AFC buat, maka pagi ni Kjee pulak buat. Opppsss pembetulan. Not me but my better half. Kjee jadi mandor jer. Hehehe. Malam tadi, UnclePali b… Read More

9 comments:

  1. kak jee..nk grill roti tu atas pan yg mcm mana ek?yg mcm ada jual kat ikea tu kew?

    ReplyDelete
  2. Ya Che Yah Gebu. Kjee pun beli kat Ikea.

    ReplyDelete
  3. sandwich tu letak ape? sos cili ke? atau thousand island ke? Nampak sedap sangatttttt....

    ReplyDelete
  4. Kjee tak bubuh sos apa2 sebab takut hilang rasa smoke salmon dan lean beef tu. lagpun, dah cukup rasa dengan rasa masin cheese. Kalau buat bubuh shredded chicken (ayam goreng/bakar yang dicarik), bolehlah bubuh cili sos atau mayo.

    ReplyDelete
  5. Kjee... sandwich akak ni sama cam dinner my kids last night. Tapi bezanya kita guna roti putih Gardenia dan tak grill. 4 pieces each... licin licau. Then I received a message on my phone from my son...THANK YOU MAMA FOR THE DELICIOUS SCRUMPTIOUS FOOD... ihik ihik.. effortless and yet appreciated... I like!

    ReplyDelete
  6. Kak Jee....sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa....teringat masa keje di Parkroyal Hotel dulu, breakfast mesti dgn club sandwich..memang kenyang sangat.

    ReplyDelete
  7. terliur tgk sandwich ni....

    ReplyDelete
  8. adeh!!!silap timing...tengah lapaq ni..

    ReplyDelete