Sunday, August 4, 2013

ALFATIHAH. ROSNAH MOHD NOOR MENINGGAL AKIBAT KANSER






Bekas Ratu Cantik, Aktres dan Produser Rasnah @Rosnah Mohd Noor, 54, menghembuskan nafas akhir sejurus selepas Zohor hari ini akibat penyakit kanser payudara dan tulang. Allahyarham meninggal dunia di Wad Onkologi, Hospital Kuala Lumpur.

Jenazah Allahyarham akan dibawa ke rumah adiknya di Subang Jaya dan disemadikan di Tanah Perkuburan Islam di USJ, Subang Jaya. Allahyarham berasal dari Kelantan.

Anak sulung Allahyarham, Wan Ramada yang menuntut di Australia sampai beberapa minit sebelum Allahyarham menghembuskan nafas akhir.

Allahyarham meninggalkan tiga orang anak, Wan Ramada Agus Putra, 24, Wan Shamira Puteri Octavia, 22 dan Wan Shahera Puteri Apreena, 20. Juga seorang cucu dari anak keduanya. Anak2 tersebut hasil perkahwinan pertamanya dengan bekas suaminya penyanyi dangdut Iwan.

Semoga roh allahyarham dicucuri Rahmat dan ditempatkan di kalangan para Solihin. Al Fatehah.


Bersama cucu sulong Arwah



TERBARU:

JENAZAH ALLAHYARHAM TELAH SELAMAT DISEMADIKAN DI TANAH PERKUBURAN ISLAM SUMMIT USJ SELEPAS ISYAK. AL FATEHAH.


7 comments: