Friday, August 16, 2013

JANGAN BIARKAN DIRI ANDA DIKASARI


Wanita dikasari suami - gambar hiasan 



Kjee tidak ingat bila berlakunya insiden tersebut. Tetapi masa itu Kjee baru sahaja bertugas sebagai wartawan. Seorang wanita ke Balai Polis untuk membuat laporan, dirinya dipukul suami. Tetapi polis tidak boleh menerima laporan tersebut kerana ia masalah rumahtangga.

Kes itu senyap begitu sahaja. Kjee pasti banyak sangat  kes seumpamanya berlaku dan semuanya kembali senyap kerana kononnya bukan dalam bidang kuasa polis untuk memgambil tindakan.

Bagaimanapun, mungkin dalam kes isteri yang dipukul suaminya, seorang penjawat awam, polis mula menyedari bahawa keganasan yang berlaku dalam rumahtangga, sebenarnya, juga seperti keganasan yang berlaku di luar rumahtangga.

Justru, tindakan awal yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa bahawa seorang penjawat awam yang dibuktikan bersalah dalam kes keganasan rumahtangga, boleh dikenakan tindakan tatatertib, amat dialu-alukan.

Pengumuman itu, pasti akan melegakan ramai wanita yang menjadi mangsa kepada keganasan suami. Ramai yang tidak sanggup membuat laporan polis atas pelbagai faktor. Antaranya kerana bimbang diceraikan serta demi anak2 yang masih kecil.

Janganlah jadikan diri anda punching bag suami yang baran. Jangan menahan derita seorang diri. Luahkan penderitaan kepada teman2 rapat. Atau boleh mendapat bantuan dan nasihat dari Biro Bantuan Guaman. BBG, dibawah Jabatan Perdana Menteri mempunyai pejabat di seluruh negara. Anda hanya perlu buat satu panggilan sahaja untuk menyelamatkan diri daripada terus dikasari suami.

Berita dibawah ini Kjee baca sebentar tadi di mStar Online.


SEPANG: Penjawat awam yang dilapor membelasah isterinya dalam lif seperti yang tersebar di laman web sosial akan dikenakan tindakan tatatertib jika terbukti bersalah, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

"Selepas polis membuat siasatan, kami akan ambil tindakan sewajarnya. Jika terbukti bersalah akan melalui hukuman yang dikenakan melalui mahkamah. "Seterusnya tindakan mengikut peraturan yang sedia ada dalam perkhidmatan awam," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ramah mesra Ketua Setiausaha Negara bersama masyarakat Orang Asli Selangor dan Wilayah Persekutuan di Kampung Orang Asli Sungai Melut di sini, Khamis.

Rakaman CCTV yang dimuat naik dan disebar secara meluas dalam Facebook dan YouTube itu menunjukkan suspek menumbuk isterinya sehingga kepalanya terhantuk, memijak cermin mata isterinya yang terjatuh, menampar dan menendang mangsa beberapa kali dalam sebuah lif hospital swasta di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Insiden itu turut diperhatikan dua anak kecil pasangan itu yang masing-masing berusia empat dan lima tahun.
-  BERNAMA

6 comments:

  1. tetapi ada perempuan @ isteri sanggup terima bahan dari si suami sebab tak mahu diceraikan, sebab status @ anak-anak.......

    ReplyDelete
  2. Sebenarnya polis tidak boleh tidak menerima laporan. Perumpamaannya, hatta anak kucing beranak pun dia kena terima. Dan pengalaman peribadi saya, laporan keganasan rumah tangga walaupun telah lama berlaku, tiada sokongan laporan perubatan dan saksi, diterima oleh pegawai polis yang bertugas dengan profesionalnya. Laporan tersebut di ambil berat dan diserahkan kepada pegawai penyiasat bahagian jenayah. Ianya jatuh di dalam seksyen keganasan rumah tangga. Dan laporan itu seterusnya diguna pakai di dalam perbicaraan mahkamah. Pada hemat saya, polis yang tidak mengambil laporan tersebut adalah polis yang pemalas. Pasukan polis negara kita sangat profesional. Kenapalah di cemar oleh segelintir polis pemalas ini.

    ReplyDelete
  3. Saya memang tak faham jenis suami kurang hajar macam ni, pukul bini lupa masa bahagia sampai keluar 3 anak!

    Wanita perlu tahu hak wanita itu sendiri. Zaman sekarang banyak saluran yang disediakan oleh kerajaan mahupun NGO untuk membantu golongan teraniya.

    ReplyDelete
  4. Salam kakjee.. just nak buat pembetulan sikit...
    Biro Bantuan Guaman dan tukar nama jadi Jabatan Bantuan Guaman..

    pastu ayat.. "hanya perlu buat satu panggilan sahaja untuk menyelamatkan diri daripada terus dikasari suami" perlu diperbetul supaya yang membaca blog ini tidak salah faham fungsi Jabatan Bantuan Guaman.

    Fungsi Jabatan Bantuan Guaman:
    Jabatan Bantuan Guaman telah ditubuhkan pada September 1970 dengan objektif utamanya untuk memberikan bantuan guaman dan khidmat nasihat kepada golongan yang kurang berkemampuan.

    Kini,fungsi Jabatan Bantuan Guaman adalah seperti yang berikut :

    •Memberikan khidmat nasihat guaman dalam semua perkara undang-undang (Jadual Keempat)
    •Mewakili atau memberikan bantuan guaman dalam prosiding di semua mahkamah dalam bidang kuasa yang diperuntukkan dalam Jadual Kedua (bidang kuasa jenayah) dan Jadual Ketiga (bidang kuasa sivil) Akta Bantuan Guaman 1971
    •Memberikan khidmat pengantaraan
    •Memberikan kesedaran undang-undang kepada masyarakat tentang hak mereka di bawah undang-undang

    >>> Dalam bahasa yang mudah, Jabatan Bantuan Guaman adalah untuk dapatkan peguam bagi orang yang tidak berkemampuan bagi kes-kes yang ada dalam bidangkuasa yang termaktub dalam akta bantuan guaman 1971.

    >>> untuk kes keganasan rumahtangga, si mangsa boleh dapatkan perintah perlindungan sementara dari mahkamah majistret
    untuk maklumat lanjut boleh layari laman sesawang: www.jbg.gov.my

    sekadar berkongsi apa yang saya tahu..

    ReplyDelete
  5. Bagus lah...bila ada undang-undang yang ketat...barulah sang suami tidak boleh berbuat sesuka hati....

    ReplyDelete
  6. kesiannyee...tumpang bace cni jom ke blog sy jgk ek,nk exchange bloglist ngan sy bgtau la :)

    Tak Mungkin Benar

    ReplyDelete