Sunday, August 4, 2013

MACAM NI LAH JAWI! TAHNIAH






KUALA LUMPUR: Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) mengesahkan empat finalis Miss Malaysia World 2013 yang beragama Islam telah menarik diri daripada pertandingan ratu cantik itu yang berlangsung di ibu negara pada Jumaat.

Pengarahnya Datuk Che Mat Che Ali berkata pihaknya telah melakukan beberapa operasi penguatkuasaan di perkarangan premis semasa pertandingan itu dan penganjur memaklumkan keempat-empat finalis telah menarik diri sebelum majlis tersebut berlangsung.

Beliau berkata jika keempat-empat wanita itu tetap terus menyertai pertandingan tersebut, mereka boleh dikenakan tindakan kerana melanggar Seksyen 9 Akta 559 Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah-wilayah Persekutuan) 1997 yang membawa denda tidak melebihi RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya.

"Hanya 15 wanita bukan Islam sahaja didapati bertanding dan saya mengucapkan terima kasih kepada keempat-empat wanita Islam itu kerana membatalkan hasrat mereka dengan tidak terus mencabar pelaksanaan hukum dan peruntukan akta agama Islam Wilayah Persekutuan. "Ini menunjukkan mereka faham dan menghormati undang-undang, malah saya harap mereka tidak lagi mengulangi perbuatan tersebut dan mana-mana individu lain seharusnya mengambil iktibar daripada insiden itu agar tidak berulang," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.

Che Mat berkata penguatkuasaan yang dilaksanakan pihaknya terhadap isu pertandingan ratu cantik itu sepatutnya dijadikan platform agar semua umat Islam terus meninggalkan kegiatan seumpama itu. -mStar

Related Posts:

  • BUKU MASAK TERBARU DARI CHEF SELEBRITI NORZAILINA Kjee hairan anak-anak gadis sekarang. Dah nak kahwin pun ada yang masih tak reti nak masak. Seorang dua yang Kjee tanya, pandai masak apa... dengan bangga dia kata masak air, goreng telor dan masak nasi. Itu pun guna … Read More
  • JUS LOBAK MERAH BERSUSU Tetiba aje teringat jus Carrot bersusu. Terus selongkar peti ais. Ada dua biji lobak merah tapi dah kecut. Untuk buat sayur bolehlah tapi kalau nak buat jus, rasanya tak kena. So terus whatsapp UnclePali suruh beli… Read More
  • DAGING GORENG DAUN SELASIH Tak tahu lah kenapa berhantu sangat Kjee nak makan Daging Goreng Kaprau ni. Bukannya luar biasa pun. Goreng biasa-biasa jer tapi Kjee macam orang mengidam. Ngalahkan Dato Siti Nurhaliza yang sedang hamil. Oppppssss t… Read More
  • MI KARI NYONYA YANG ENAK Ini hidangan untuk esok. Kjee terliur tengok fren FB Norazimah Ahmad, buat semalam. Katanya guna resipi Kjee. Alhamdullilah ramai yang dah cuba buat, kata ia menepati selera mereka. Ada yang kata rasa ma… Read More
  • DAGING KAPRAU aka SELASIH Tadi pergi Hero Market, ternampak daun Selasih. Segar-segar. Rembat dua ikat. Satu ikat tu 88 sen dan satu lagi 79 sen. Murah kan? Tak payah susah-susah nak tanam. Kalau nampak Daun Selasih, selain teringat Lak… Read More

1 comment: