Wednesday, August 14, 2013

SAMBAL TELOR PECAH 'PECAHKAN' SELERA





Selepas berlalunya tiga atau empat hari Syawal, mulalah kita semua mengelabah. Makan apa semua tak kena. Maklumlah asyik makan rendang, ketupat, lemang dan semua lauk pauk berkaitan Hari Raya yang tinggi protein dan kolestrol.

Kemudian tekak mula teringin nak kembali ke azali. Makan ala kampung yang mudah macam masak lemak pucuk ubi, ikan goreng garing garing dan... hmmm goreng telor ceplok pun jadi makan nasi dengan kicap.

Masa Kjee kecik2 dulu, pada Raya kedua, arwah mak dah sorokkan rendang dan segala makanan yang 'memanaskan badan'. Pada Raya kedua, bonda akan masak bening. Kalau korang tak tau apa itu masak bening, itu masakan cara Jawa. Masak air kata orang Melayu atau masak sup mudah.

Punyalah sedap hirup kuah sup sayur petola atau sup kobis Cina yang diletak fish cake. Pastu ikan kembung digoreng garing makan dengan nasi yang diletak banyak kicap. Cukup nostalgik.

Hari ni Kjee buat Sambal Telor Pecah dan goreng Kacang Buncis letak hirisan Cendawan Telinga Tikus (wood fungus). Oleh kerana ada berbaki kari ayam yang Kjee buat beberapa hari lalu (Kjee bekukan dalam freezer), maka adalah jugak lauk ayam.

Tapi memang tidak mengejutkan apabila Sambal Telor Pecah da Sayur Buncis yang laku. Kari Ayam Kentang sekadar hiasan meja makan jer. Hehehe.

Resipi Sambal Telor Pecah di SINI.




8 comments:

  1. Perghhh..sangat menggiurkan.....

    ReplyDelete
  2. selera rasanya kalau makan cam gitu...

    ReplyDelete
  3. telur pon high in cholesterol. followed by telur puyuh.
    lain lain lamb red meat.

    ReplyDelete
  4. So yummy!!

    Saya pernah buat sambal telur macam ni masa kawan saya datang rumah.

    Dia siap minta resepi lagi.Hahahaaa...Lawak je.Padahal,tak susah mana pun.Simple je masaknya.

    Apa2 pun,kalau masak macam ni dan makan dengan nasi panas...memang mantapppppp!!!Menambah2 nasi tak ingat dunia.hahahahaa

    ReplyDelete
  5. Ceplok!
    mmg keJAWAan sungguh bunyinya kak jee...he he he...
    buat sambal telo ceplok pn sodap...

    ReplyDelete
  6. Hehehe. Telor Ceplok tu Telor Mata Kerbau. Eh ya ker? My Jawa pun dah berkarat. Kahkahkah

    ReplyDelete
  7. hahaha...
    setahu saya...
    telo ceplok tu lbh kurang pouch egg la kak jee...
    masuk dlm sambal ke..sayur bening ke...masak lemak ke...mostly lauk berkuah...
    pstu tak masak lama, bagi gegar2 skit telo kuning tu...haaaa sluurrrppppp!!!

    ReplyDelete
  8. Feveret arwah suami:'). sgt berguna utk wanita yg xreti masak macam sy.. masak gni pun suami tambah 2-3kali..

    ReplyDelete