Wednesday, December 16, 2015

ASAM PEDAS IKAN PARANG








Kjee jarang-jarang masak Ikan Parang walaupun itu antara ikan kesukaan Kjee. Sebabnya, Kjee tak nak tengok Nadia dan UnclePali terkial-kial makan kerana ikan itu banyak tulang. Heran jugak bila UnclePali akan hanya jamah sikit kalau Kjee masak Ikan Parang. Tapi kalau Ikan Terubuk, memang pantang tengok!

Tapi hari ni Kjee selfish. Ahh lantak lah kalau Kjee sorang yang makan kan? Asyik meleleh air liur tiap kali nampak ikan parang. Tapi tadi Kjee whatsapp foto lauk asam pedas ikan parang, Nadia dah drooling. Ada ler kawan nak teman Kjee makan malam nanti. Hehehe.

Tak tau kenapa Kjee rasa Asam Pedas Ikan Parang yang Kjee masak arini sedap sangat. Ewah. Sendiri puji apa salahnya kan. Boleh hirup kuahnya. Why? Mungkin sebab teringin sangat nak makan Asam Pedas Ikan Parang.

Kjee masak cam biasa jer. Macam selalu-selalu. Tak ada kelebihan. Ohh ada. Kjee letak tomato. Kjee memang tak suka letak tomato dalam Asam Pedas. Tapi hari ini, terkecuali. Mungkin sebab ada stok dalam fridge. Arwah mak letak sos tomato dalam botol. Lagi haru. Hehehe.

Kjee gandingkan Asam Pedas dengan Telor Asin home made.  Stok dah tak banyak. Nak kena order telor itik dari LubukMas Farm minggu depan. Kalau korang tak tahu cara nak buat Telor Asin, KLIK SINI.










Pastu UnclePali tolong petikkan pucuk daun Belalai Gajah atau Sabah Snake Grass. Sejak dua menjak ni, Kjee main kunyah jer daun tu. Kalau ada sambal belacan, memanglah sedap. Tumbuh lebat di depan rumah. Elok untuk segala jenis penyakit terutama kanser. Sediakan payung sebelum hujan. Nak tau lebih lanjut, tolong goodle yer.

Itu jer lauk hari ni. Siap jer masak, terus makan. Hehehe.

Untuk resipi Asam Pedas, korang KLIK SINI.  Kalau orang Melaka, dia orang campakkan jugak daun limau purut selain daun kesom.









Related Posts:

  • ASAM PEDAS IKAN PARI ORANG JOHOR Kjee jarang-jarang sangat masak Ikan Pari sebab arwah mak kata, ia ikan yang 'bisa'. Boleh kena sakit sendi. So, masa muda Kjee elak makan tapi kenapa ya bila dah tua, sakit sendi! Jadi, tak ada kena mengena kot… Read More
  • PECAL PARI AIRTANGAN WONG JOWO KAY ELL Pecel Ikan adalah makanan kegemaran Kjee dan Nadia. UnclePali, Kjee tak pasti sebab dia ni tak berapa berkenan makanan Jawa. Hanya isteri Jawa dia suka kot. Hehehe. Tapi tadi. lepas makan (pinggan kedua), … Read More
  • IKAN KELI SAMBAL HIJAU PLUS PETAI Orang kata, cara pemakanan kita banyak dipengaruhi oleh ibu kita. Contoh, kalau ibu kita tak makan sayur, maka anak-anak pun tak makan sayur. Kalau si ibu kuat makan pedas anak-anak pun punya pattern makanan ya… Read More
  • KARI BAWAL HITAM STYLE MAMAK Sejak dua menjak ni harga ikan melonjak-lonjak naik. Pagi tadi Kjee pergi Pasar Keramat. Terkejut apabila Ikan Merah RM38 sekilo. Jenahak RM35! Sotong yang biasanya antara RM11-13 sekilo, pagi tadi RM20. Kjee tering… Read More
  • IKAN PARI GORENG TIGA REMPAH Selepas masak Asam Pedas Ikan Pari aritu, ada berbaki dua potong. Kjee simpan dalam freezer sebab plan nak goreng berempah stail Arwah Bonda. Kjee tengok jarang-jarang orang goreng ikan Pari. Selalu dibakar a… Read More

2 comments:

  1. Hi Kjee, this coming to you from Canada...regret my bahasa is out of tune, so unable to reply in Bahasa, but I sure love your this asam pedas ikan parang.
    I have not eaten this about 30 years! Its one of my all time favourites. Used to have Malay friends in Kelantan, Trengganu who would either they or the makciks would jemput me for dinner, and will cook this. Saya lichin dua pinggan nasi, what with sambal belachan too.

    I really love the colour of your this dish, and can practically get the beautiful, spicy aroma of your cooking.
    You have a great week and simpan satu lagu dalam hati.
    Best regards,
    Lee.

    ReplyDelete
  2. Hi Lee. Salams from Malaysia. Thank you for dropping a line. You've not had it for 30 years. OMG that's how long you've been away from Malaysia. Just give this recipe a try. If you don't have belacan, just substitute it with a chicken cube. Taste just the same. Enjoy the Christmas holidays and Happy New Year.

    ReplyDelete