Monday, June 6, 2016

HARI PERTAMA PUASA PEKENA ACAR, KARI IKAN TALANG KERING MASIN








Puasa hari pertama hari ini, Kjee buat dua jenis lauk dari Ikan Talang Kering Masin. Aikkk pelik ke? Larat ke nak makan dua lauk ikan kering dalam satu hari?

Sebenarnya, Nadia request Kjee buat Acar Ikan Talang Kering. Hari tu Kjee ke Soon Cheong Marine, Selayang dan beli empat ekor ikan talang yang sedang-sedang besar. Rasanya dalam saiz dua telapak tangan. Yang besar semua dah habis dirembat orang niaga kot. Hehehe.

Nadia cuti hari ni. So, tadi Kjee suruh dia asingkan isi ikan talang tu dan rendam. Kalau buat Acar memang guna isi sahaja. Tulang-temulang yang berbaki, yang ada isi sana sini, Kjee suruh dia simpan dalam peti ais.

Sebaik sahaja dia rendam, Kjee terfikir pulak tulang-tulang tu nak dimasak Kari Ikan Talang. Favorite UnclePali tulang-tulang tu. Kjee dan Nadia suka isinya sahaja.

Jadi, Kjee tepikan sedikit isi ikan talang kering yang sedang direndam. Campur dengan tulang-tulang, dan buatlah kari. Hehehe.

Acar tu bukan sedap pun kalau terus dimakan selepas dimasak. Biar dia mesra sehari dua barulah ngam.

Dua-dua lauk hari ni, Nadia yang masak. Sedap ke tidak, belum tahu sampai Maghrib nanti.

Ini foto lama. Malas lah Kjee nak amik gambar lagi.

Resipi Kari Ikan Talang Kering Masin bubuh terung, korang intai SINI. Untuk Acar Ikan Masin, klik SINI.

Selamat menjalani ibadah Puasa.






Related Posts:

  • LAGI2 ORANG KOMPLEN PASAL MCM Rumah dah siap pahat masih....hmmmm clise sangat bunyinya. Dari hari tu lagi Kjee dah suruh Astro buat post mortem keatas pertandingan akhir MasterChef Selebriti. Kelamkabut sangat sampai nampak macam semput dua2 peserta … Read More
  • KATE DAN WILLIAMS MUNGKIN DAPAT KEMBAR? Gambar terbaru Kate ketika membuat lawatan di Utara London pada 28 Nov -  AFP Photo Catherine, Duchess of Cambridge dan isteri Putera Williams khabarnya baru sahaja hamil anak sulung. Dan doktor merasakan tanda2 keh… Read More
  • RAKYAT PALESTIN BUKAN SPECIES MEMINTA MINTA!UPDATE GAZA Kanak2 Palestin gembira dengan kedatangan insan prihatin Malaysia  Begitu teruja Kjee baca berita yang disampaikan oleh Afdlin Shauki yang menyertai delegasi Aqsa Syarif ke Palestin sejak Isnin lepa… Read More
  • AL FATIHAH. KEHILANGAN YANG CUKUP DIRASAI foto ehsan Murai.cm Hari ini Kjee dikejutkan dengan berita yang amat memilukan. Seorang sahabat yang sudah lama Kjee tidak bertemu, meninggal dunia dalam keadaan yang amat menyedihkan.  Arwah, Othman Ha… Read More
  • RAKYAT MALAYSIA DOAKAN KALIAN SELAMAT DI GAZA Sebahagian daripada 120 orang rombongan sukarelawan dari Aman Palestin Berhad bersiap sedia berlepas ke Gaza bagi "Misi Solidariti Gaza" ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur di Sepang, Rabu. Misi … Read More

0 comments:

Post a Comment