Tuesday, December 3, 2019

Biar anak menangis, jangan kita...

   Cuti sekolah rasanya ramai yang pos anak-anak balik kampung. Suruh mak bapak jaga ke sebab papa dan mama nak enjoy berdua?
   Ehh tak baik cakap macam tu kan! Anak-anak harus didedahkan cara hidup mak dan ayah mereka masa kecil. At least mereka tahu akar umbi mereka. Tetapi, yang penting, pisahkan mereka  dengan gadget ketika di kampung!
   Kjee cukup tak gemar, kalau makan kat restoran, tengok anak-anak sekecil 4-5 tahun sibuk bermain gadget tanpa hiraukan makanan diatas meja. Ada ibu ayah yang pujuk sehingga kering air liur tetapi tidak dihiraukan anak-anak!! 
   Maaflah. Mungkin sebab Kjee tiada anak kecil maka sesuka hati Kjee nak komen. Actually, memberi anak-anak bermain gadget (handphone ibu dan ayah), adalah suatu permulaan yang tidak elok.
    Kjee tidak dapat bayangkan apa akan terjadi kepada anak-anak ini apabila mereka meningkat ke belasan tahun. Memang tidak dinafikan banyak ilmu boleh diperoleh dari internet. Kjee antara insan yang mungkin sukar untuk lalui hidup ini tanpa Internet. 
    Tetapi masalahnya di sini ialah, anak-anak yang masih hingusan (4-5 tahun) bukan guna gadget untuk timba ilmu tetapi bermain game!!! Dan mungkin ibu bapa tidak sedar permulaan dari usia mentah seperti itu, akan buat mereka lebih cerdik nanti nak layari laman web lucah! Nauzubillah! 
   Masa anak-anak Kjee kecil dulu, Kjee terpaksa rakam iklan-iklan yang muncul di TV untuk ditonton anak-anak (yang berusia 1- 2 tahun) agar tidak mengganggu Kjee ketika, sedang menulis ataupun memasak di dapur. Mereka begitu ralit menonton. Ada kalanya sampai tertidur. 
    Kjee pernah tanya seorang doktor apakah dengan biarkan anak-anak bermain gadget akan merosakkan mata mereka, on a long term? Jawapannya adalah, ada kemungkinan. Maklum lah skrin gadget kecil berbanding TV. 
   Jadi nasihat Kjee yang dah lama hidup ini, jangan mula dedahkan anak-anak dengan gadget. Fikirkan cara lain untuk menghibur atau melekakan mereka. Masa kita kecik-kecik dulu, tiada gadget tetapi ibu dan ayah dedahkan kita kepada pelbagai aktiviti sekeliling kita. Dan Alhamdulillah kita tetap jadi manusia yang pelbagai kreativiti. 
   Renung-renungkan lah. Biar mereka menangis sekarang, jangan kita menangis kemudian. Wallahualam. 
    

0 comments:

Post a Comment