Thursday, December 12, 2019

Sarapan Lempeng Kelapa


 Kalau di bandar, tiap pagi sarapan sama aje. Kalau tak nasi lemak, lontong atau roti canai. Sekarang tosei dan capati pun sangat diminati.
   Tetapi sekiranya ada gerai yang jual Ubi Kayu Rebus ataupun Lempeng, gerenti laku keras! Tak kesahlah kalau lauk yang mengiringi, sambal tumis kosong atau kari aje.
   Oleh kerana bosan sarapan stereotype tiap hari, malam tadi Kjee plan buat Lempeng Kelapa. Dalam freezer ada Serunding Kelapa buat minggu lepas. Sambal tumis yang dibekukan sentiasa ada stok. Bolehlah masukkan sotong jenama Rex dalam tin. Hmmm mudahnya!

   Jadi lepas Subuh tadi terus ke dapur. Godek2 dan tak sampai 30 minit sudah terhidang Lempeng Kelapa atau Peknga kata orang Utara, Sambal Sotong dan Serunding Kelapa.
   Sedapnya makan walaupun terkilan jugak buat 3 keping sorang aje. Kjee guna kuali kecik non stick 5 inci. Ahhh untuk minum petang nanti buat lagi ler. Lauk2 ada berbaki 😁.

   Kjee buat lempeng tak ikut resipi. Tepung, Kelapa Parut, garam dan air. Agak2 ler jangan terlalu cair ya.
   Serunding tu korang klik kat link bawah. Dan Sambal sotong buat ler ikut resipi kesukaan korang. Buat sambal bilis biasa pun sedap. 
resepi klik sini

Related Posts:

  • MURTABAK MI SEGERA BEKAL KE PEJABAT DAN SEKOLAH First time Kjee dengar pasal Murtabak Maggi ialah masa pergi rumah Shiela di Shah Alam beberapa minggu lalu. Mak Aji Rohaya tanya.. "Jee pernah tak makan Murtabak Maggi?" Terkebil-kebil Kjee sebab maggi buka… Read More
  • ROTI JOHN FOR BREAKFAST AGAIN AND AGAIN Kalau dah tak ada idea nak sediakan menu untuk breakfast, Roti John seringkali menjadi pilihan. Sebab utama adalah kerana sentiasa ada stok beku inti kuih bakar daging. Hehehe. Korang nak tau cara membuatnya, KLIK SINI… Read More
  • LAMA DAH TAK BUAT HASHBROWNS Dah penat buat macam-macam for breakfast? Hah kali ni cuba pulak buat Hash Browns Potatoes dengan scrambled eggs. Bukan yang beli kat supermarket tau. Buat sendiri from scratch. Tak susah mana pun. Ajar anak-anak d… Read More
  • PARPU DHAL CAMPUR KACANG KUDA Dah lama Kjee teringin nak buat Parpu sendiri. Tak puas makan kat kedai. Jadi, apabila Kjee ternampak pelakon Faezah Ilai buat kat rancangan Nona, Ahad lalu, Kjee sangat-sangat teruja. Malangnya, Kjee hanya t… Read More
  • ROTI JOHN BY UNCLEPALI Breakfast Kjee dan UnclePali pagi tadi. Sejak dua menjak ni rajin lak UnclePali buat untuk sarapan pagi. Sedap dan mudah buat tau. Boleh guna apa roti pun tapi kalau roti burger atau roti hotd… Read More

3 comments:

  1. Sedapnya lempeng kelapa tetiba teringat lempeng kelapa restoren kat bawah office ni menu for breakfast

    ReplyDelete
  2. Alhamdulillah. Kak Jee sudah kembali bersiaran... lama menunggu kemunculan Kak Jee dengan resepi2 terbaru!

    ReplyDelete