Thursday, January 16, 2020

NANAS JADI PENAWAR?


   Lepas kebah dari demam, selsema dan batuk minggu lepas, Kjee ternampak satu posting pasal Seafood Shellout atau kjee rebranding bagi nama Seafood Longgok. Kalau semua seafood dimasukkan sekali masa masak dan dihidang secara longgok bukan longgok namanya?! 😁
   Maka Kjee suruh UnclePali gi beli Udang, Ketam, Sotong, Kupang dan Lala. Nak masak sendiri sebab dah sedia maklum kalau makan di restoran bukan sahaja tak menepati citarasa tapi mahal bebenor! 

   Masa UP bawak balik semua bahan ikut list yang Kjee beri, kecut jugak perut. UP kan seringkali kena Gout. Setahun adalah tiga, empat kali. Dan penyakit itu berpunca daripada pengambilan seafood yang berlebihan. Nak bagitau UP, mesti dia jawab, alaaaa ubat ada!! Tak dapek den nak nolong!! 
   So aritu kami berdua mengadaplah Seafood Longgok, yang sepatutnya cukup untuk 4 orang, berdua sahaja! Kjee awal-awal plan nak simpan sebahagian untuk dinner. Tetapi.... Hehehe. Opppps foto Seafood tu terlupa nak amik. Terlalu excited nak makan sebaik sahaja dihidangkan. 😄
   Anyway nak pendekkan story, Kjee dah keluarkan ubat Gout untuk UP. Sediakan payung sebelum hujan tau. 

   Dua hari sebelum makan Seafood Longgok tu, UP beli nanas. Setiap pagi kami lalu di gerai tepi jalan Dewan Komuniti Keramat AU4 selepas bekfes, mesti beli. Sangat2 manis dan murah. Yang dah siap kupas dan potong2 cuma rm5. Berat dlm 800gms rasanya! Kjee tak suka nanas mentah. Hanya makan nanas yang sudah dimasak. Tetapi apabila UP kata manis giler, Kjee pun terai dan sejak itu kami berdua sudah ketagihan! Tiap pagi mesti beli. 
   No no no... Kjee tidak menyimpang dari cerita seafood ke nanas! Rupa2nya nanas tu adalah penyelamat kepada UP. Dia tidak langsung diserang Gout walaupun mengadap seafood dalam kadar yang banyak!!!! 
    Tak tau lah benar atau tidak tetapi nanas itu telah berjaya rasanya menyahkan uric acid dari bertakung!! Wallahualam. 
   So the moral of this entry is, ikhtiarlah. Gout is very painful. Sangat menyakitkan. Kalau UP kena, dia hanya telan painkiller dalam dos yang tinggi. That is very bad for his organs, tetapi itu sahajalah cara menahan kesakitan. 
   Prevention is better than cure. So kalau korang yang ada Gout nak cuba, bolehlah. Tetapi UP nampaknya happy sangat sekarang. Nanas dia suka, seafood apa lagi kan! 
    Tadi beli nanas dah simpan dalan fridge. Tengah hari karang, di waktu panas terik, kami bedal. Hehehe. 





7 comments:

  1. subhanallah. gemuk2 nau nanas tu. geram tengok. hiris2 letak dalam peti ais dan tabur sikit garam. sedap nya Ya Allah ^_^

    ReplyDelete
  2. Eh eh, nak kena cari nanas gak nampaknya

    ReplyDelete
  3. Nak krna cari nanas gak nampaknya Kak Gee.

    ReplyDelete
  4. Sedap sgt. Manis. Satu pek rm5 aje. Chill dan peti ais, mkn masa musim panas ni. Perggghhhh nyaman. 😉

    ReplyDelete
  5. Betul kjee suami saya mmg amalkn nenas mmg kurang kena gout n klinik..kadang tu dh rasa nk sakit cepat2 blend nnas n minom..alhamdulillahh ok

    ReplyDelete
  6. nenas je ubat natural yg mujarab kalau kena batuk berkahak. blend sikit nenas+halia dengan nisbah 9:1, campur sedikit air. tapis, minum, inshAllah.. sejak tau petua minum air nenas halia ni 2 tahun lepas, sy tak telan ubat batuk klinik dah.

    ReplyDelete