Saturday, August 15, 2020

Taufoo Lembut Kukus


Apabila tak sihat, ketika dilanda sakit tekak, Kjee suka makan Taufoo Lembut Kukus yang dalam kotak plastik tu. Mudah aje buat. Tak payah kunyah, telan aje.
Cuma masalah nak keluarkan taufoo tu tanpa banyak kecederaan. Pernah dulu Kjee buat, kerana nak cepat, Kjee kaup aje isi taufoo guna sudu.
And then satu hari Kjee terfikir. Taufoo ini popular seluruh dunia. Takkan tak ada, sesiapa tau cara nak keluarkannya. So google. Dan Kjee berjaya mengatasi masalah ini.



Amik satu kotak taufoo tu. Buang plastik di permukaannya. Buang hati-hati. Masa Kjee buat tadi, terganas. Adalah cedera sikit.
Kemudian terbalikkan atas bekas yang korang nak guna untuk kukus. Amik gunting atau pisau. Lebih senang gunting. Potong sedikit 4 buncu kotak plastik tu.
Then cuba angkat pelan-pelan. Tarrraaaa. Cenang aje terpisah kotak tu. Tapi arini Kjee terganas sikit. Namun kecederaan tidak melampau. 🤣
Pastu kukuslah ikut resipi kat SINI.
Selamat mencuba.

Related Posts:

  • BIFSTIK DAGING ZAMAN KECIK-KECIK Masa Kjee kecik-kecik dulu, kami pernah tinggal di Jalan Cochrane, Cheras. Kalau bapak dapat gaji, dia akan bawak kami ke satu restoran Cina Hailam di Jalan Peel. Kami akan menikmati Bifstik Hailam. Mem… Read More
  • WONTON? BUKAN WANTON? WHATEVER LAH Ya betul. Kita main hentam sahaja sebut. Kejap Wantan, kejap Wanton. Rupa-rupanya sebutan sebenarnya ialah Wonton. Sungguh ni. Bekas wartawan ni dah tanya Cik Google. Hehehe. Ini kejadian minggu lepas, masa Kjee tak… Read More
  • AYAM LADA HITAM Our dinner malam tadi. Mestilah malam tadi. Sebab tu namanya dinner bukan bekfes. Hehehe lawak yang ngundang penampor pagi ni. Sebenarnya, Kjee tak happy sangat dengan kejadian gambar. Gambar aje tapi lauknya alh… Read More
  • DAGING LADA HITAM DENGAN CILI BESAR Lauk ini Kjee buat minggu lepas untuk makan dengan bubur nasi atau congee. Orang Utara panggil bubur nasi, Kanji. Kjee guna cili besar atau capsicum atau bell peppers warna hijau dan kuning sebab itu aje yang ada dal… Read More
  • CHINESE FRIED RICE Ini kejadian semalam. Terjadinya ia sebab masa sakit aritu asyik duduk baring depan TV tengok Asia Food Channel. Chef omputih ker chef Cina ker, ada jer cuba goda kita masak Nasi Goreng Cina ni. So kita buat semala… Read More

0 comments:

Post a Comment