Thursday, August 6, 2020

TIP ELAK KUALI BARU MELEKAT


Apabila ternampak Apom air tangan Chef Thyaga B Rajan kat facebook, punyalah teringin nak buat. Sebelum tu sis Lina Thomas dah tayang Apom Lenggang kat page dia Sejuta Rasa by Lina Thomas. Tapi Kjee tak konfiden nak buat.
Anyway, masa pergi Chow Kit aritu, UP belilah kuali kenit 6", untuk buat Apom. Kuali murah aje. Rm13.
Esoknya Kjee projek lah. Buat persiapan sebelah malam. Kena bagi perap adunan. Masa adunan tengah diperam, Kjee was-was tengok kuali. Cantik sangat kilatnya. Mesti melekat! Mula rasa cuak! 
So Kjee tanya Chef Thyaga sama ada beliau tahu cara untuk buat kuali baru jadi non stick. Maklumlah beliau chef di banyak hotel bukan sahaja di Malaysia tetapi di Sri Lanka.
Chef Thyaga kata, cuba letak minyak, garam dan halba sikit dalam kuali tu. Then panaskan kuali sampai halba garing. Buat malam. Esoknya, lap bersih kuali guna kitchen towel atau tisu dapur. Lap aje jangan cuci tau. Pastu terai goreng sebiji telor. Kalau telor tu tak melekat, maknanya sukses!! 
Kjee tak terai dulu teknik Chef Thyaga. Nak tunjuk pandai ler tu. Hasilnya Apom melekat banget. Tapi nak pujuk kita, UP kata rasa dah cukup cantik. Kita fikir cara tak bagi melekat.
So pagi semalam Kjee buat macam Chef Thyaga sarankan. Dan Alhamdulillah syukur. Hepi giler mokcik! Esok plan nak terai buat Apom. Resipi Kjee bagi lepas buat ya. 😆
Oh by the way, Chef Thyaga kata, kuali tu tak payah cuci. Lap guna kitchen tissue aje. Sebelum nak simpan, oles minyak sikit. Kalau kotor sangat, cuci manja2 aje. Tak perlu guna sabun cuci. Goreng ikan pun khabarnya tak akan melekat lagi. Cubalah. Tak perlu beli kuali non stick yang mahal banget. Mudah rosak/tercalar kalau tak hati2 guna. 


Saspen juga masa ni. Takut telor tu melekat. Slow slow Kjee guna sudu, selak sikit. Fuyoooooo tak melekat! 

Elok aje macam goreng guna kuali non stick! 

Kesudahannya! Bersih aje kuali. Pastu lap guna tisu, oles sikit minyak dan gantung. Jangan dicuci. 


Related Posts:

  • LAGI PENIPUAN CANGGIH SETELAH HACK EMAIL ACCOUNT Salam semua. Apa yang Kjee nak paparkan dalam entri ini sebenarnya pernah Kjee dapat tahu tahun lepas. Tetapi masa itu, ia tidak terjadi kepada Kjee tetapi seorang sahabat yang menetap di London. Kononnya, seorang pensyarah… Read More
  • JOM PROJEK BERSIH MEMBERSIH AKA SPRING CLEANING innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0050cf"; innity_cat = "FOOD_DINING,MALAY,WOMEN"; innity_zone = "19553"; innity_width = "**"; innity_height = "**"; innity_country = "MY"; innity_pub = "d1dc3a8270a6f9394f88847d7f0… Read More
  • APA ITU MINYAK KASTURI SYIFA' Kjee mula2 diperkenalkan kepada minyak Kasturi Syifa ketika sarapan pagi dengan Mazidul Akmal dan keluarganya di Kota Damansara beberapa bulan lalu. Kjee tak sangka dapat hadiah minyak itu dari Mazidul. innity_pub … Read More
  • KENA TANGKAP ~ DENDA RM2,000 DAN/ATAU 6 BULAN PENJARA Mahkamah Halang Penganjur, Orang Awam Memasuki Dataran MerdekaKUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret telah mengeluarkan perintah menghalang penganjur Bersih 3.0 dan orang ramai daripada memasuki Dataran Merdeka pada hari Sa… Read More
  • JOM TAMBAH SAHAM UNTUK AKHIRAT Musim itu sudah hampir tiba. Musim yang kita nanti2kan iaitu bulan2 menjelang Ramadhan Al Mubarak. Ketika inilah kita harus mempergiatkan amalan dan jugak sedekah sebagai saham kita di sana nanti. innity_pub = "d… Read More

1 comment: