Tuesday, October 6, 2020

CUCUR BADAK



    Tiap kali kali keluar bekfes dengan UnclePali, mata dia mesti liar tengok kalau ada kuih Cucur Badak diantara banyak-banyak kuih yang tersusun. Satu peket 4 biji kenit-kenit RM2.
    Kjee dah lama teringin nak buat sendiri. Sure inti dia sedap. Penuh rasa lah kononnya. Tetapi UP selalu kata tak payah. Renyah. Beli senang.
    Tapi tadi balik dari klinik, tetiba jiran hulur satu peket Keledek Oren. Dalam sekilo kot. Yayyy no excuse tak buat kan!  So Kjee selongkar buku resipi arwah Mak. And bermula lah proses buat Cucur Badak sulungku. 

    Mula-mula buat inti. UP beli kelapa parut putih aje sebiji. Tapi Kjee guna kurang sikit dari sebiji. Tumbuk satu labu bawang besar, dua ulas bawang putih, satu inci kunyit hidup, dua batang serai yang dihiris halus dan satu sudu teh jintan manis. Last sekali tumbuk sama satu genggam udang kering yang telah direndam. Cili kisar dalam dua sudu. 
    Guna minyak dalam satu sudu besar sahaja. Tumis semua bahan tumbuk dan cili kisar sampai garing dan hampir kering. Kemudian masukkan kelapa parut. Kacau sampai rata dan masak guna api perlahan. Tabur sehelai daun kunyit yang telah dimayang halus. Rasa garam. Letak secubit gula. Setelah kering, sejukkan. 

    Keledek oren dibuang kulit dan dipotong kecik2 sama saiz. Dah buang kulit dapat dalam 750gms. Kemudian dikukus. Ini ikut resipi arwah mak. Dia kata kalau kukus, rasa manisnya tak larut dalam air kalau direbus. 
    Sebaik sudah lembut, alih ke dalam besen dan terus lenyek. Biarkan keledek tu sejuk. 


    Kjee sukat 1 cawan tepung gandum, letak setengah sudu kecik baking powder. Ayak. Letak satu sudu kecik garam.  Apabila keledek sudah sejuk, masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil uli. Adunan agak lembik tapi jangan risau. 
   Buat bulat-bulat sebesar bola ping pong dan sejukkan dalam fridge selama lebih kurang 30 minit. 

    Setelah 30 minit, ambil satu bebola keledek, leperkan dan isi inti. 

   Lepas ni bolehlah goreng. Guna api sederhana. Balik-balikkan manja-manja. Kjee guna sudu supaya tidak pecah kuih. Ia agak menyerap minyak. So dah cantik masaknya, toskan atas tisu dapur. 











2 comments:

  1. Salam kakjee.. bole share dgn saya petua jawa yg kjee amalkan masa nak anak perempuan?

    ReplyDelete