Saturday, December 19, 2020

KENAL TAK KITA?


     Pasukan Bolasepak Artis Wanita. Jika tak silap Kjee ini pada tahun 1980. Masa itu Kjee kerja sebagai wartawan. Jadi artis sambil-sambil aje. Curi-curi. Opis kita, Berita Harian tak tahu. 🤭
     Nak jadikan cerita, satu hari diadakan perlawanan bolasepak Artis Wanita Malaysia lawan staff New Straits Times. Office kita lah tu. Coach kita yang sorang lagi (Syed Kadir) yang dajalkan. 😁
     Kita dah panik. Suami Uji Rashid sebagai pengurus pasukan suruh jugak Kjee main. Tiba hari perlawanan, pasukan NST pelik  tengok Kjee. Dia orang nak tahu kenapa Kjee belot main sebelah artis. Masa tu baru pecah lobang yang Kjee ni artis. 😁
     Selain Syed Kadir, penyanyi Andre Goh dan Pak Yahya Sulong adalah coach kami. 
     Seronok lah masa tu. Sekarang dah tak ada lagi pasukan bola sepak artis wanita. 



     

Related Posts:

  • 7300 HARI BERSAMA      Dua puluh tahun lalu. Selepas bertemu dan berkenalan seminggu, dia tanya tak risau ke hidup berdua aje dengan anak kecil? Masa itu Nadia 11 tahun.      Kan elok … Read More
  • NUKILAN SEORANG IBU TUAPART ONE of THREE... Kenangan dua tahun lalu.  Sebelum tidur malam 4 Disember lalu, tiba-tiba UP beritahu keputusan utk hadir di Perhimpunan Anti Icerd. Maunya Kjee tak terkejut. Selama ini kami tak pernah bin… Read More
  • TOLAK ICERD PART TWO      Sepanjang laluan LRT dari Gombak, tren kami semakin sesak. Ada dua amoi berhampiran Kjee. Satu duduk, satu lagi tak berani duduk sebab pakai hot pants. Dia agak mengelabah kerana dikelilingi an… Read More
  • JOM TANAM DAUN BAWANG Selepas hampir 2 minggu.  Sayur apa yang tak mahal sekarang... kelmarin suami Kjee ke sebuah pasaraya yang baru dan sangat terkenal di Taman Setiawangsa. Kononnya pasaraya borong tapi 10 biji… Read More
  • BIDADARI KIRIMAN TUHAN    Kjee pernah menulis skrip. Taklah banyak tetapi pernah menjadikannya sumber rezeki suatu masa dahulu.    Tetapi Kjee bukanlah seorang penulis skrip yang hebat. Suam-suam kuku aje. Namun… Read More

3 comments:

  1. Gambar yang ke 2 tu ada juga aruah mak enon bermain ya. Al fatihah buat semua artis yang telah meninggal dunia. suka tenguk kak gee berlakun terutamanya dalam filem balik kampung. lagu-lagu dia best dan cerita kelakor terutama part jemur baju hehehehehe

    ReplyDelete
  2. Arwah nenek Enon jadi ball picker aje. Kehadiran arwah masa tu memang menghiburkan sangat.
    Terima kasih suka Kjee berlakon.

    ReplyDelete
  3. antiknya gambar ni Kak Jee...Arwah Mak Enon cam keeper aja

    ReplyDelete