Saturday, April 10, 2021

MLCP JERING TUA


      Dah dekat-dekat nak masuk bulan Puasa, Kjee sentiasa tercari-cari lauk pauk yang menjadi favorite. Takut kempunan nanti. Maklumlah masa tu, Kjee jarang keluar rumah. Masak ada aje ada dalam fridge.
      Tadi lepas bekes Rava Tosei kat Gombak, ajak UP gi Chow Kit. Pakcik tu sengih-sengih tengok Kjee sebab dia tahu Kjee regular. Mesti rembat banyak-banyak.
      "Jering tua tinggal tiga longgok jer. Amiklah. Rm10!"

      Kjee sengih suka. Murah giler tu. Aritu Kjee beli jering cambah rm25 untuk 5 longgok. Bukan untuk Kjee tapi my aunty kirim.
     Sampai rumah terus Kjee ke dapur. Maklumlah Kjee ni bukannya sihat sangat. Tenaga cukup-cukup jer. Lepas kul 12 tengah hari, lemau. Ehhh macam Cinderella pulak. Tapi dia lepas kul 12 mlm tukar jadi budak miskin. 😂😆😁

      So rebus dulu dalam Pressure cooker selama lebih kurang 20 minit. Masa menunggu, Kjee siapkan perencah. Tumbuk kunyit hidup, cili padi dan ikan bilis. Ketuk serai 3 batang. Ada lagi ke serai yang UP tanam untuk bulan puasa? 🤔
       

      Lepas itu, keluarkan jering dari Pressure Cooker. Buang kulitnya dan tumbuk manja-manja. Orang dulu-dulu kata, kalau tidak ditumbuk, nanti 'tersepit' masa nak buang air kecik. Maaf, Kjee tak faham maksud tu.


      Kemudian, semua jering yang siap ditumbuk, dimasukkan ke dalam periuk berisi bahan tumbuk dan santan tadi. Masak sampai mendidih. Campak juga dua helai daun kunyit dan sekeping asam Gelugor. 
      Rasa. Oleh kerana masa tumbuk dah letak ikan bilis, hati-hati letak garam tau. 
Dah mendidih kuahnya, boleh padam api. Kjee guna santan kotak aje tadi. Terserahlah korang nak guna santan perah atau pati santan. 




Related Posts:

  • ALAHAI SEDAPNYA OTAK-OTAK NYONYA Makanan Otak-otak Nyonya ni Kjee anggap makanan Malaysia yang eksotik. Oppps eksotik bukan kerana bahan-bahan ada letak otak haiwan liar atau terlindung. Tapi kerana makanan ini sudah sukar kita perolehi di resto… Read More
  • UDANG HALUS GORENG PEDAS Lauk Udang Halus Pedas ini adalah pembuka selera. Orang sekarang sebenarnya tak pandang udang halus ini. Semuanya pasal tak kuasa nak bersihkannya. Dan jugak saiznya yang kenit memang tidak memb… Read More
  • KAMBES MASAK LEMAK CILI PADI NGAN UDANG Kalau korang perasan Kjee jarang sekali masak guna peria atau kambes (bahasa Jawa) yang besar. Selalunya Kjee beli peria katak yang lebih pahit. Masa UnclePali singgah Hero Market siang tadi, Kjee… Read More
  • TELOR ITIK MLCP STAIL ORANG BANDAR Apabila bulan Puasa, ramailah rindukan masakan Bonda di kampung. Masakan Melayu jati yang ada pucuk-pucuk kampung dan sebagainya. Maaf Kjee tak dapat nak senaraikan makanan kampung fav ramai orang sebab Kjee t… Read More
  • AYAM GORENG KUNYIT DENGAN SAYUR-SAYURAN Ini antara resipi ringkas yang Kjee suka sediakan tak kisahlah di bulan puasa atau di hari-hari biasa. Boleh jadi satu dish meal. Tak payah masak lauk lain sebab Kjee rasa ia lengkap kerana ada sayur-sayuran dan jugak… Read More

0 comments:

Post a Comment