Wednesday, June 23, 2021

LEMAK PUTIH FUCUK

       

       Masa mula-mula kahwin dengan father Nadia dulu, satu hari Kjee ikut dia balik kampung. Tak bagitau MIL nak balik. Sampai aje dia tengah masak. Sayur aje katanya. Naper tak bagitau nak balik? 
       Kjee jenguk periuk atas dapur. MIL guna dapur kayu, masa tu. Isyhhh masak lemak putih fucuk. Mana sayur?
      And then baru tahu sayur yang MIL maksudkan tu, fucuk! 🤭
       So today Kjee masak sayur lemak putih Fucuk sama telor. Selalu letak juga kentang dan sohun tapi selongkar pantri, elek. So apa yang ada aje lah kan! Kita yang buat dia. 😉
       Kjee suka guna fucuk keras daripada yang keping tau. Tekstur dia lebih sedap. Kenyal-kenyal gitu sekiranya cukup masa direndam. 


       Kjee rendam lebih 3 jam tadi. Kemudian ditoskan dan potong (gunting) kecik-kecik. Kjee rebus hingga lembut dan toskan. 
       Bawang merah,  bawang putih dan sebiji cili merah dimayang. Letak dalam periuk bersama santan dan sedikit cili kering. Didih perlahan. Masukkan fucuk. Kacau. Letak garam. 
       Last sekali pecahkan telor ke dalam periuk tadi. Jangan diganggu telor itu. Biar rendidih sehingga kuningnya keras. 
       Siap. Sedap dihidangkan bersama satu lauk yang pedas. Kjee buat sambal tumis bilis dan goreng ikan tenggiri jeruk. 


0 comments:

Post a Comment