Monday, June 21, 2021

SICHUAN CHICKEN

      

        Ohhh nama sebenarnya Kung Pao Chicken. Selama ini Kjee kenalinya sebagai Szechuan (Sichuan) chicken.  Google recipe. Hah betul lah. Bahan-bahan lebih kurang aje. 
       Dah lama terfikir nak buat sebab ada baki segenggam kacang gajus. Hari tu selepas di panggang, banyak ler tapi ada kucing kepala itam dalam rumah ini asyik bagi luak. Mujur dah sorokkan segenggam. 😆

       Kalau ikut resipi, kena guna isi ayam bahagian dada jer. Diracik-racik. Tapi kalau tak ada, bahagian mana pun ok asal tulang dibuang. Kita yang buat dia. Must be boneless. 
      Mula-mula rendam cili kering dalam air panas. Ikut suka banyak mana sebenarnya. Tapi Kjee 6 biji setelah dikerat-kerat dalam satu inci setengah. Dan lembut, tos sehingga kering.
      Next step, ricik ayam. Kjee guna bahagian dada dari suku seekor ayam. Satu ekor potong empat. Dapatlah satu mangkuk isi ayam.
      Kemudian hiris halia muda. Letak lah banyak mana suka sebab ia masih muda. Dah masak nanti sedap dikunyah. Empat ulas bawang putih juga diricik. Daun bawang gunalah dua tangkai. Kerat2 dalam satu inci setengah.
      Ada satu peket Shitake Mushrooms dalam esbok. Selalu tak ok etak. Tapi since ada, guna ajelah kan. Kjee buang tang dan potong dua atau tiga. 

       Untuk sosnya, Kjee letak semua dalam satu mangkuk kecil. Campur sos tiram, kicap pekat (karamel), kicap cair (fish sos) dan kicap manis. Semua satu sudu besar kecuali kicap pekat karamel tu satu sudu kecil cukup lah. Letak air lebih kurang setengah cawan. Kacau. Titis sedikit minyak bijan. Ini optional. 
       Mula2 goreng cili kering dengan lebih kurang 2 sudu besar minyak, sehingga garing. Hati2 jangan hangit. Tepikan. Masukkan hirisan halua. Dah garibg, masukkan bawang putih dan goreng sehingga wangi. 
       Masukkan hirisan ayam. Goreng sehingga ayam kecut. Curahkan sos dan cepat2 dikacau rata selama lebih kurang lima minit. Masukkan cendawan jika ada. Kemudian masukkan cili kering dan daun bawang. Kacau rata. 
       Campur satu sudu kecil tepung jagung bersama dua sudu air. Besarkan api. Kacau dan masukkan kedalam kuali. Gaul rata. 
       Sebelum padam api, masukkan gajus yang telah di panggang terlebih dahulu. Kacau seketika. Siap. Terus hidang dengan nasi putih. 

      
      

1 comment: