Wednesday, July 13, 2011

KARI TELOR SAMA SAMBAL PARI KERING




Hehehe kesian fren FB Kjee bila Kjee bagitau nak buat kari telor instant untuk lunch hari ni. Siap Kjee buat dia orang saspen apabila Kjee kata bukan macam mi segera yang curah air panas tu. Memanglah bukan macam tu.

Tapi macam kita pakai baju jugaklah. kalau kita mix and match, baju yang dah usia 10 tahun (kalau masih boleh pakai lagi lah), nampak baru. 

Begitulah dengan resipi Kari Telor Rebus Instant hari ni. Sebenarnya, kelmarin Kjee buat kari ayam. Kuahnya ada banyak berbaki. Nak buang sayang. Kjee suruh Nadia simpan dalam freezer.

Pagi tadi masa Unclepali nak leuar hantar Nadia, Kjee bagitau jangan belikan Kjee breakfast. Kjee nak keluarkan roti canai frozen dan makan dengan kari ayam. Tapi apabila Unclepali dah pergi, Kjee teringin pulak nak makan kari telor.Kjee tak pernah buat kari telor seumur hidup ini. So apa lagi...otak ni mulalah putar2 nak fikir jalan senang.

Satu yang Kjee nak ingatkan korang. Telor yang Kjee guna ni bukan telor pengantin tau! Tadi Kjee rebus 6 biji telor ayam. Lagipun sekarang ini mana ada orang bagi telor pengantin lagi kan? Dah moden. Macam2 door gift yang membazir. Kalau nak bagi, bagilah yang boleh simpan. Isyhh dosa mengumpat. Orang dah bagi, dah nasib baik.

So Kjee panaskanlah kari ayam kelmarin tu dan campakkan telor rebus ke dalam kari dan bairkan mendidih seketika. Korang kalau nak resipi kari ayam klik sini. Hah senang dah bagi link, tak payah korang susah2 nak pergi cari kan?

Begitulah kari telor instant Kjee. Jangan marah ye. Hehehe.


Selain kari telor rebus instant tadi, Kjee pun buatlah 1 peket sambal ikan pari kering yang diberikan oleh Ery, sahabat Kjee yang tinggal setaman. Kalau tak silap dia bagi 5 peket hari tu. Cantik sekali ikan pari kering tu. Maklumlah Ery orang Kuantan, so dapatlah ikan kering yang masih baru.

Bulan puasa nanti Kjee nak sambalkan semua ikan pari kering yang Ery beri tu untuk stok Sahur. Dah janji nak bagi Ery jugak nanti. Insya Allah.
Kalau korang rajin, mula2lah cari ikan pari kering/masin ni. Buat sambal kering2 pastu simpan dalam bekas kecik2 dalam freezer. Bila tiba nak sahur, keluarkan. Kjee selalu keluarkan masa nak tidur jadi bila time sahur dah elor rupanya. Terus makan dengan nasi panas. 

Nak resipi sambal ikan pari kering tu, klik pulak sini ya.





9 comments:

♥MAMASYAZA♥ said...

ikan pari tu faveret sy. kalo masak asam pedas, lagi best

Kjee said...

mamasyaza ikan pari kering mana boleh buat asam pedas. yg fresh bolehlah kan?

Yatie said...

good idealah Kjee, yatie mmng suka kari telur...kdng2 kalau kuah kari ayam tak abes pun yatie wat mcm tu gak..tapi yatie pecahkan telur dan guna api perlahan je....yg klakor anak yatie siap cakap, mama masak kari ketam ya...hah3..rasa mcm ketam agaknya..btw menyelerakan lauk akak tu....

L@dyKichiMachiko said...

sedapnye Kjee..saya pun suka kari telur.

NaDia CoMaNeCi said...

adoii kak jee..terujanya tgk sambal pari kering tu..menyelerakan..

Acik Erna said...

assalam kakjee..acik baru ikut blog kakjee dan mintak izin untuk simpan resepi ye kakjee.

Mylady said...

Wah..memang menarik menu Kak Jee ni..mylady memang dok pening kepala pikir apa nak masak untuk sahur tahun ni...since Kak Jee dah bagi cadangan, boleh lah di buat stok..tapi kan Kak Jee, kalau ikan tu dah digaul sambal, dia still garing ke eventhough kita simpan lama?

Kjee said...

Mylady: tak ler garing tapi still sedap! :)

Zana~Sweet Rose said...

salam ziarah kakjee... wah! ade kari telur, zana x pernah cuba lagi biasanya kita buat kari ikan/ayam jer..sambal pari tu pun nampak sedap je kalau dimakan dgn nasi panaskan?

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...