Sunday, July 3, 2011

STEAK ITIK DENGAN SOS OREN


 Teringin sangat nak makan hasil air tangan sendiri. Sejak dua hari lepas asyik google kat internet untuk resipi. Bagaimanapun, Kjee agak kecewa kerana 90% resipi steak itik omputih guna arak. Nasib baiklah ada satu resipi ni tak ada guna bahan2 haram.

Minggu lepas pergi Sri Ternak, Kjee jumpalah daging itik bahagian dada (duck breast meat) yang beku. Kee beli satu peket yang mengandungi 3 keping. Maklumlah kami bertiga jer. Harganya kalau tak silap Kjee dalam lingkungan RM18.

Kjee teruja nak try sos orange sebab duck steak yang Kjee makan masa food testing kat Arima Western airtangan Chef Arie, sedap giler. Lihat sini. Tapi Kjee dah set dalam otak Kjee masa masak tadi yang mustahil nak dapat rasa cam Chef Arie sebab sos tu ilham dia sendiri.

Anyway, Kjee ni jenis yang tak give up. Cuba jugalah buat ikut resipi kat internet. Tadi Nadia beli paprika, orange marmalade dan buah oren. Kjee suruh Nadia beli dibetic marmalade jam sebab bakinya boleh Kjee makan dengan roti. Bukanlah Kjee ada kencing manis tapi kan elok mencegah dari merawat. Faham2 jelah, kalau namanya jam, mesti manis giler.

Bahan2 yang diperlukan untuk sos oren ni mudah jer. Tak banyak songehlah. Tapi Kjee tak tahu samada tekak korang sama dengan Kjee. Kjee ni jenis adventurous. Gemar mencuba segala yang baru. Kjee suka orange sauce ni walaupun Nadia dan Unclepali kureng sikit. Dia orang pilih makan dengan cili sos yang dicampur dengan sos oren tadi. Sedap jugak. Tapi kalau tanya Kjee, Kjee akan buat lagi kali kedua nanti. So faham2 je lah kan! Hehehe.

Jom kita tengok dulu resipinya. Sos oren ni untuk 4 keping duck breast. Tapi Kjee beli 1 peket ada 3 keping je.

BAHAN2:

3 keping duck breasts *
paprika *
serbuk ladan hitam garam *
¾ cawan jus oren #
¾ cawan air dicampur dengan 1 kiub ayam #
1 cawan marmalade jam #
1 sudu besar tepung jagung +
2 sudu besar jus oren +

CARA:

Isi dada itik dicuci dan dilap kering dengan kitchen towels (tisu dapur). Kemudian dilumurkan dengan paprika, garam dan lada hitam. Biarkan seketika.

Masukkan semua yang bertanda # ke dalam periuk kecik atau pan kecik dan gaul rata. Masak hingga mendidih dan perlahankan api dan rendidih selama 15 minit. Campurkan bahan bertanda +, kacau hingga rata dan masukkan ke dalam periuk sos. Kacau pantas2 dan biarkan ia mendidih. Padam api.

Panaskan grill dan grill itik. Balik2kan hingga itik masak. Ini mengambil masa kira-kira 20 minit. Setelah masak itik, keluarkan perlahan2. Buang minyak itik.

Hiaskan atas pinggan bersama2 sayur celur pilihan dan juga kentang. Tadi Kjee ingatkan nak buat mashed potato tapi malas. So Kjee rebus je russet potato dengan sedikit garam.  Hehehe. Pastu curahkan sos oren. Makan ketika panas.


6 comments:

ummi_khalish said...

daging itik tu nampak macam daging ayam kak..tapi rasanya camne ye?dil x pernah makan kak...takut nak cuba..hehe.....

Kjee said...

Ummi Khalaish: memanglah itik dari species ayam. Tapi rasanya macam daging...serius.

Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

Salam kjee.Wah masak itik.Kita pun jarang makan itik.Sometime kalau dapat crispy duck yang halal(sister inlaw yang carikan sebab nak bagi abang dia makan ,My hubby la tu,dia chinese)baru lah kita makan daging itik.Kalau yang macam ni boleh la cuba buat sendiri kalau jumpa daging itik nanti.Rose simpan resepinya ya.

cik cek said...

Salam Kjee....

Bestnya menu daging itik ni...teringin lak nak makan...mesti sedap ni...kan kjee....

Ijahans said...

Ya Allah.. sedapnyaaa kak jee...
sib baik tak pregnant.. kalau pregnant kang kena call kak jee utk special order..

sharifah rosidah said...

kau ni jee selalu masak sedap sedap pastu post kat sini buat aku geram je, bak sii sikit la kau tu dah lah masak apa pun sedap.

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...