Thursday, October 20, 2011

AARON DAH MOHON JADI PENDUDUK TETAP MALAYSIA!




Buka TV1 muka dia, TV2, TV3, Astro...mesti ada muka Aaron Aziz. Kekadang Kjee rasa pelik jugak. Aaron ni asyik berlakon kat Malaysia, bila masa dia balik kampung halamannya di Singapura.



Hari ni Kjee dapat jawapannya apabila membaca tulisan Odah Ismail dalam ruangannya di Agendadaily.com. Aaron, 35 tahun, rupa2nya sudah menetap di Malaysia sejak tahun 2004. Dan kini dia sedang dalam proses mendapat taraf penduduk tetap di Malaysia. Segala harta yang dimiliki di Singapura sudah dijual.

Dan yang paling suka Kjee baca dalam tulisan Oda tu, Aaron kata kalau disuruh pilih antara PM Lee Hsien Loong dan Datuk Seri Najib, maka sudah semestinya dia memilih DS Najib. Di mana bumi dipijak disitulah langit dijunjung. 

Alhamdullilah. Eloklah Aaron diberi taraf penduduk tetap daripada rakyat Malaysia yang tak sedar betapa bertuahnya bumi Malaysia yang dicintai ini.

Aaron yang mempunyai tiga orang anak, terpaksa check in kat hotel apabila pulang ke'kampungnya' kerana tidak mahu menyusahkan saudara mara. Maklumlah, mereka lima beranak dengan seorang pembantu rumah. Tentu bersesak2 kalau nak tinggal dengan sedara mara kan?

Dan Aaron juga memberitahu dia terpaksa bekerja keras kerana bukan senang hendak hidup di perantauan. Cukainya tinggi, anak2 terpaksa dihantar ke sekolah antarabangsa dan pelbagai masalah lain. Tetapi pastinya rezekinya melimpah ruah kerana Aaron dikatakan seorang pelakon yang tidak cerewet dan cukup berdisiplin.

Dia menafikan, penghijrahannya ke Malaysia bukan kerana dia sudah tidak laku di tanahairnya sendiri. Dia membuat keputusan pindah ke Malaysia demi masa depan keluarganya. Aaron juga mempunyai syarikat produksinya sendiri yang beroperasi ketika dia masih di Singapura lagi.

Telemovie pertama syarikatnya berjudul 'Kekasih Awal dan Akhir' akan disiarkan di TV9 pada 7 November.

Sekarang drama Aaron berjudul Jiwa & Lara sedang ditayangkan di TV (ntah mana satu tak ingat). First time Kjee tengok Aaron berlakon watak jahat. Bestlah. Actually, menyampah aku tengok watak dia!

5 comments:

  1. Syukur alhamdullillah, inilah namanya manusia yang tahu dek untung. Orang Malaysia yang tak kenang budi asyik duk puji puji Negara lain silakan behijrah ke negara yang dipuji2 tu.

    ReplyDelete
  2. all the best to Aaron and family...^^

    ReplyDelete
  3. tak sangka Aaron dah jd warga malaysia. =)

    ReplyDelete
  4. Baguihla kalu betui lgu 2..
    d khuatiri sb nk duk sni 2yg ckp sme baik
    slh ckp kng xdpt menetap plak dak..

    ReplyDelete
  5. Kjee...Jiwa &Lara di TV3..mmg benci betul dgn watak "zaman" tu..sbb dh terbiasa dgn watak baik dlm Nora Elinna etc..semua baik2...benci btul dgn watak zaman tu..

    ReplyDelete