Saturday, October 15, 2011

UNCLESEEKERS BIKIN GEMPAR LAGI!



"Masyarakat kita boleh terima ramalan yang dibuat oleh Jabatan Kaji Cuaca. tetapi apabila saya ramal mengenai mengenai sesuatu yang bakal terjadi, kenapa mesti melenting? Itu ramalan saja.." Begitulah sikit lebih kurang ayat pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas, yang khabarnya, ramalan yang disiar dalam blognya, tidak disenangi ramai artis.

Korang dah lupa siapa Syed ni atau lebih dikenali sebagai Uncleseekers? Beliau lah orang yang telah menggegarkan Malaysia dengan kisah2 panas mengenai hubungannya dengan bekas Permaisuri Aishah. Oppsss tak boleh dibangkit lagi kerana difahamkan ia menjadi kes mahkamah.

Marsha - manisnya berselendang
Okay berbalik kepada 'kegiatan terbaru' Uncleseekers ni. MStar Online melaporkan, beberapa artis seperti Marsha Londoh dan Rebecca Nur Islam, khabarnya terguris dengan ramalan yang dibuat dalam blog beliau Uncle Seekers

Uncleseekers dah buat pelbagai ramalan mengenai dua artis ini. Tetapi, Uncleseekers cakap jangan percaya sebab itu hanya dibuat berdasarkan kepada mimpi dan jugak firasatnya.

Kjee kenal baik dengan ayahnda beliau, Syed Hussein AlAttas (Pak Habib) yang Kjee panggil Abah. Abah jugak pandai telek nasib. Tapi sampai ke suduh tak pernah nak telek nasib Kjee walaupun dah banyak kali Kjee usher. 


Menurut Uncleseekers, Marsha akan memeluk Agama Islam dan berkahwin selewat2nya pada tahun 2013. Selepas itu, kariernya sebagai pelakon dan penyanyi akan pudar. Apakah Marsha akan kahwin dengan seorang jutawan sehinggakan tak perlu penat2 cari duit sebagai penyanyi dan pelakon? Oppsss itu hanya ramalan Kjee jer. Hehehe. Marsha terus menafikan ramalan itu.

Rebecca Islam pulak yang kini bahagia dengan rumahtangganya pun kurang senang dengan ramalan anak Pak Habib ni. Kata Rebecca, Uncleseekers langsung tidak mengenalinya. Jadi, tak perlulah nak buat ramalan yang tidak ada kena mengena dengannya.

Oh ya, Uncleseekers juga ada buat ramalan mengenai Zizan Raja Lawak. Kononnya Zizan akan terbabit dalam satu isu (skandal?) seks. Tetapi rezekinya tetap akan mencurah2 hingga tahun depan.

Semua Foto ehsan google

Dan...ini yang paling Kjee tak suka. Kononnya, Anuar Zain tidak akan berkahwin hingga ke sudah. Hidupnya akan berakhir seperti arwah Sudirman! Adoiii, wasted!

Kjee tak mahulah komen banyak2 mengenai hal ini sebab Kjee dulu pun ada tahu sikit lebih kuranglah mengenai telek nasib. Sekarang dah lama tak buat sebab insaf itu amalan syirik. Yang terbaik kalau nak tahu apa2 yang bakal terjadi, buatlah solat Hajat atau solat Istikharah. Kjee pernah buat dan dapat petunjuk yang Maha Esa. Kita kahwin dengan Unclepali pun sebab dapat petunjuk setelah buat solat Istikharah.

2 comments:

  1. salam kjee...part yg anuar zain tu kita suka...rugi tul la ye..ensem tu..hik3

    ReplyDelete
  2. Nujum pak belalang tu waris kuat aku, tapi aku tak rapat dengan dia. Kak Oyah ,hendon dah arwah bahayah rapat dengan dia mungkin jarak umur tu yang buat aku tak rapt dengan dia. Tapi aku tak Berle an dengan anak dia ni, setelah bercerai dengan kak manja dia jadi gila glamour asyik kejar perempuan kaya.

    ReplyDelete