Wednesday, October 19, 2011

TOLONGLAH JANGAN ADA VIRUS 'PHD'!!!

Lalat hijau...selalu singgah kat najis!!!! gambar ini amik di tempat bersih dari najis - album google


Tadi seorang sahabat Kjee telefon. Sedih sangat dia. Dia kata dia ada pos satu resipi plus gambar di salah satu page masakan. Penat dia buat. Malah, dia mengambil masa untuk translate resipi itu dari bahasa Inggeris yang diberikan oleh mak mertuanya yang berasal dari England.








Tapi dek kerana nak kongsi dengan kengkawan, dia tak kisahlah buang masa dia buat terjemahan resipi itu dan bake sekali cake tersebut. Selepas itu, dia amik gambar dan pos kat page berkenaan. 

Tetiba dia ternampak satu komen ni. Kata 'lalat hijau' tu. Eh ini macam resipi copy paste jer. Macam nak gugur jantung dia. Sedih sangat. Pastu dia komen balik dan bagitaulah betapa penatnya dia tulis semula resipi dan bake kek tu serta amik gambar, itukah balasan yang harus dia terima!

'Lalat Hijau' tu jawab, ala gurau2 jer. Main2 jer!! 

Suami dia pujuk dia. Delete jer 'lalat hijau' yang tak berperikemaknusiaan itu!! Apabila kawan Kjee, call tadi, Kjee beritahu dia memang ramai manusia tak kenang budi macam itu!! Mereka ini tergolong dalam species yang main hentam jer nak komen apa. Kjee rasa, resipi sendiri yang mereka ada, disorok elok2 tapi resipi orang dikondem setengah maut!!








Macam itulah yang terjadi dalam website Kongsi Resipi yang mana kita hantar gambar dan resipi. Website tu macam buku masakan yang boleh dirujuk. Tetapi Kjee perhatikan, kenapa ada tangan2 gatal yang kerjanya sentiasa Unlike pada gambar resipi yang tertera. Dia dah try buat ker yang dia nak Unlike!!

Maaflah. Kjee jarang guna perkataan atau ayat kasar. Tapi kali ini Kjee terpaksa kata manusia jenis ini samada kurang ajar atau biadab!!



perhatikan...kenapa mesti ada unlike?!! Tak reti nak hormat orang susah payah masak?!!

Ramai kengkawan blogger masakan meluahkan rasa kecil hati mereka kepada species kurang ajar dan biadap ini. Niat kami bukanlah nak menayangkan gambar atau nak show off kehebatan. Ia lebih daripada rasa kasih sayang dan juga dengan harapan kalau kita sudah tiada, resipi tersebut akan 'terus hidup'!!

Kenapalah ada virus PHD dalam hati korang (yang berkenaan)? Apakah korang telah dibesarkan dalam suasana yang teruk hingga membuatkan korang benci hasil kerja dan susah payah orang lain! Dapatkah korang bayangkan kalau anak2 korang berada di tempat kami? Sanggupkah korang dengar anak2 kesayangan korang dikutuk sedemikian rupa?

Bloggers masakan tidak pernah menagih ucapan terima kasih. Tapi tak perlulah korang semua kutuk mereka berbakul2!! 

Kjee pun bukan manusia yang baik sangat. Tetapi rasa2nya hati perut Kjee tak sekotor kamu!! Ya Allah, jauhkanlah aku dari bertemu atau berselisih di jalan dengan manusia species ini. Ameen!!


12 comments:

  1. Betul la Kak Jee....sedih bila tengok ada resepi masakan kita di'unlike'kan...padahal baru je kita post gambar tu....belum lagi try dah unlike....

    ReplyDelete
  2. salam kjee...betul kata kjee tu.ramai phd di luar sana..ryo pernah nampak resepi GMM yang lain,ryo dah try dan memang sedap resepi tu..tp ada jugak tanda unlike disebalik like.rasanya si phd tu entah pernah masak entahkan tidak.hihi

    ReplyDelete
  3. Actually kan, dia orang bukannya dah try masak. Tapi sambil tengok, tangan gatal terus unlike sebab dia rasa tak kena dengan selera dia. Kurang ajar!!!. Kalau tak kena dengan selera, tak payahlah nak unlike!!! menyampah!!!!!!

    ReplyDelete
  4. Salam KJee;
    Selama 4 tahun berblog, saya pun selalu jumpa orang macam tu. Sengaja gemar menulis komen yang menggores. Dia puas agaknya kalau tuan blog bagi respon marah/berkecil hati.

    Blog saya bukan blog masakan, tapi saya banyak follow blog masakan. Blog masakan penting dalam hidup saya sebagai 'mak-mak', kerana tiap hari memang kena cari idea memasak. Terima kasih kepada semua blog masakan, terutama yang sertakan gambar-gambar bermutu. Terus naik selera untuk memasak...

    ReplyDelete
  5. (***peminat Kjee dari zaman kecik-kecik dulu...)

    ReplyDelete
  6. Pada pendapat kak hanya orang yang pandai memasak sahaja yang pandai menilai dan menghargai masakan orang lain. Masakan ada lah satu seni oleh itu kalau suka cuba dan kalau tak suka tak payah nak susah2 nak unlike........HL.

    ReplyDelete
  7. apa lah best sgt phd ini tekan UNLIKE pun saya x faham.. saya juga tergolong terkena dengan tempias phd ni kdg2 pelik juga kenapa la unlke apa yg saya send kat KR tu.. sabar saja la

    ReplyDelete
  8. Tu lah masalah orang kita, sebenarnya suka sangat perasan yang masakan diri sendiri lebih baik dari orang lain, padahal orang berkongsi resepi kkta ucapkan terima kaseh sebab bukan semua masakan kita pandai buat.

    ReplyDelete
  9. betul betul betul Shida. tiru Upin Ipin!

    ReplyDelete
  10. K.Jee, baru sempat nak titip ayat ni ha..hehe... Tu lah kan...dah lumrah rambut sama hitam, tp hati lain2...Orang begini mungkin duk sama2 post resepi jgk ke...atau duk perhati jek resepi yg masuk? Suka2 hati jek tekan UNLIKE gitu.. Kadang2 kita xleh salahkan resepi jika x jadi...kena try dan try jugak baru dpt hasil dan rasa betul kan... Entahlah...susah nak main teka-teka dalam dunia cyber penuh sandiwara ni K.Jee, sedangkan di luar kita yg boleh nampak muka pun xleh nak baca isihati kan...inikan pulak yg memang bayang muka pun tiada lgsung ni haa...huhuu

    ReplyDelete
  11. BODOH....tu je ayat yg paling sesuai utk "unlike" kan...padahal saya rasa kat KR la tmpt yg paling mudah nk belajar memasak.kwn2 pun rmai,kalau kita xpandai kita tanya,ramai2 yg tolong jwbkn bkn setakat yg bg resepi tp saper2 yg dh pernah buat.sungguh menakjubkan.(syaomar)

    ReplyDelete
  12. errrr..rasanye org 2 x pandai msk kot sbb 2 dia 'unlike'. x pon saje nak isi ms lpg sbb dah x tau nak wat ape lg..huhu..tp kan org 2 mmg kena bagi kesedaran sivik jugak kot sbb punya mentaliti yg negatif memanjang. apapun sama2 le kita doakan smoga org 2 mndpt hidayah dpd Allah & strusnya brubah jd lbh positif..:nong

    ReplyDelete