Friday, October 21, 2011

SEKAYA ANTARA RESIPI GUNA DOUBLE BOILER

I like. cantik kan? Ini jenis enamel
Double boiler ada banyak fungsi. Tujuan utama ialah untuk memasak makanan yang tidak boleh kena direct heat. Maknanya makanan yang tidak boleh masak terus atas api dapur sebab takut hangit. Contoh seperti mencarikan cokelat, masak kaya, sos kastad dan apa2 jer makanan (jenis cecair) yang dirasakan sesuai.


Sekaya sapu pada roti bakar...marvelous!!
Kjee diperkenalkan kepada kaedah double boiling ini sejak kecik lagi. Arwah bonda Kjee seorang yang sangat2 rajin ke dapur. Suaminya bukannya bergaji besar. Anak empat orang dan dia hanya suri rumah sepenuh masa. So nak makan apa kena buat sendiri.






Bonda sangat ramah. Semua orang suka kawan dengan dia tak kira bangsa. Kalau ke pasar, habis orang Cina, India, Benggali dan Serani dia tegur. Dan kerana itulah, Bonda boleh masak pelbagai jenis makanan sebab dia pandai kecek resipi kawan2 dia. Kiranya Bonda Kjee sudah amalkan konsep 1 Malaysia sejak Kjee kecik2 lagi.


Ini stainless steel
Tadi Kjee telefon adik Kjee tanya resipi sekaya Bonda. Orang sekarang panggil Kaya tapi bonda panggila Sekaya. Adik kata tak ada resipi, main hentam jer.


Tapi kalau tak silap Kjee mak guna sukatan 1 mangkuk untuk telor, ! mangkuk pati santan dan 1 mangkuk gula. Gula tu dia buat gula hangus yang jangan terlalu hangus. Bila dah brown sikit jer (untuk warna), dah cukup. Pastu dia pukul telor dan bubuh santan. Daun pandan dia blend dengan sedikit air. Perah dan masukkan. Kacau sampai rata semua bahan termasuk gula hangus, bubuh dalam periuk kecik dan rendamkan periuk dalam periuk lebih besar berisi air. Pastu dia masak sambil kacau sampai pekat. Kaedah double boiling lah tu. Kalau malas nak buat gula hangus, boleh ganti guna gula merah.


Kalau bonda ada periuk double boiling cam sekarang mesti dia lagi happy.


Tadi Kjee google dan jumpa banyak fesyen double boiler. Tapi bukan Malaysia punya tau. Ini antarabangsa. Jangan nanti ada pulak yang order Kjee apa yang dia orang nampak kat sini tau! Hehehe
Ini enamel


Ini jenis kaca




Ini yang Kjee jual
Sesiapa nak beli emel kat kedai@fauziahsamad.com



5 comments:

  1. Kzai emel kat Kjee...fauziah.samad@gmail.com

    ReplyDelete
  2. Jee mak aku dulupun masak sekaya guna kuali yang ada air pastu dia ambik periuk kecik pastu masukkan periuk tu dalam kuali, kalau kita fikir2 orang dulu dulu lagi kreatif kan.

    ReplyDelete
  3. Mak saya guna periuk kukus..boleh juga kan? Atau tak sama?

    ReplyDelete
  4. Hehe ..tadi anonymous...periuk kukus tu sama ke dgn double boiling?

    ReplyDelete