Sunday, October 16, 2011

SOTONG GORENG PEDAS VS KUCHAI GORENG TELOR


Hari tu memang dah rancang nak buat Penang Fried Kwayteow hari ni. Nadia nak jamu mak sedaranya. Tapi dek kerana mak sedaranya tergocoh2 nak balik Melaka, akhirnya Nadia macam dah tak ada mood nak buat. Apapun, Nadia kata tak apalah dia masak untuk mama kalau mama nak makan. 

Tengah hari tadi, Kjee keluarkan kerang dari peti ais. Hati Kjee macam tak sedap tengok kerang tu sebab beli semalam. Semalam masa beli semua tersengih. Hari ni dah tak sengih lagi. Maklumlah, Nadia kan baru baik dari food poisoning. So, Kjee buat keputusan buang saja.

Dan untuk makan tengah hari tadi, Kjee masak simple2 jer. Goreng ikan bawal hitam, ayam dan sotong rex goreng pedas. Pastu kuchai yang sepatutnya buat Penanag Fried Kwayteow digoreng dengan telor jer. Hari ni makan kering2 jer. Tapi boleh tahanlah jugak berselera.

Jom intai resipi untuk sotong dalam tin masaka pedas. 

BAHAN2

1 tin kecik sotong (Kjee guna jenama Rex)
1 labu bawang besar
5 biji cili api (ikut suka)
minyak untuk menumis

CARA

Sotong dikeluarkan dari tin dan dicarik2. Jangan buang airnya. Bawang dipotong bulat2 dan cili ditumbuk kasar2. Panaskan kuali dan tumis bawang hingga layu. Kemudian masukkan cili dan goreng hingga garing. Masukkan air sotong bersama sotong sekali. Masak selama kira-kira 7 hingga 8 minit. Padamkan api.

Untuk resipi kuchai goreng telur, klik sini.




Related Posts:

  • PERIA KATAK UBAT DIABETES? Lebih elok kalau dibuat ulam mentah Betul ke orang kata sayur2an pahit seperti peria kata boleh jauhkan diabetes? Wallahualam. Tapi sayur ini memang favorite Kjee. Tadi Kjee buat tumis biasa jer peria katak dan… Read More
  • SEAFOOD SPAGHETTI IN CHILLI, GARLIC AND OLIVE OIL Spaghetti Aglio Olio. Dalam bahasa Inggeris, Spaghetti with olive oil, garlic and chilli peppers. Dalam bahasa kita Spaghetti yang dimasak dalam minyak zaiton, bawang putih dan cili. Mudah dimasak, sedap dan … Read More
  • SOTONG KENIT AKA CUMIT2 GORENG GARING Tadi ketika Kjee berlegar2 kat Pasar Pasir Penambang, Kuala Selangor, Kjee sampai di gerai jual sotong dan udang. Mata Kjee liar cari udang 'lain dari yang lain'. Sebabnya Kjee dah boring asyik makan udang yang species sam… Read More
  • SOTONG GORENG KUNYIT MEMBUKA SELERA Ini antara lauk yang Kjee suka masak sebab my husband dan doter suka sangat makan. Kekadang Kjee buat Ayam goreng kunyit. selalunya Kjee bubuh kacang panjang tapi hari ini Kjee letak kacang buncis. S… Read More
  • BUBUR NASI ATAU CONGEE ATAU NASI AIR Masak simple jer untuk dinner tadi. Bubur kosong atau congee (kanji) atau nasi air. Lauknya pulak, masak apa saja yang jumpa dalam fridge. Siang tadi, masa nak balik dari Mesjid India selepas beli tudung un… Read More

4 comments:

  1. salam... auntie *takpe ke panggil auntie? kalau tak boleh bagitahu ek*
    gambar makanan auntie semua cantik-cantik. daripada tak lapar terus jadi lapar. hehe :)

    ReplyDelete
  2. salam dilla. memang layak dipanggil aunty pun. gambar2 biasa jer. terima kasih.

    ReplyDelete
  3. Salam Kak Jee. Pensyarah Cina saya beritahu dulu, elakkan makan kuchai ni, sebab kuchai ni membawa angin. Dia suruh ganti dengan daun bawang. Sejak tu saya dah lama sangat tak makan kuchai.

    Z.

    ReplyDelete
  4. Kadang2 makan kering2 nie pun boleh jadi berselera juga Kak Jee. Tapi syaratnya kena ada yang bersambal cili api la. Kalau dah combination mcm Kak Jee masak nie, memang perfect la kiranya.
    Note : Kak Jee, terima kasih banyak2 kerana sudi masuk blog saya dan follow...

    ReplyDelete