Saturday, October 1, 2011

EKSKLUSIF!! ANA DAHLIA DIJANJIKAN HANTARAN RM30,000?


Bertuahnya badan Ana Dahlia! Lebih bertuah dari anak dara! Kjee dapat tahu Ana akan menerima hantaran sebanyak RM30,000!! Agaknya kalau Ana tu belum pernah berkahwin, mau hantarannya dua kali ganda. Oppsss!

Tarikh bertunang Ana atau Dania Mastura Mohd Ali memang telah ditetapkan pada 5 Oktober ini, kata sumber Kjee yang layak dipercayai. Ala dah jiran sekampung, rumah sebelah menyebelah. Ala2 selak langsir tingkap dapur dah boleh buat mesyuarat. Camtu tentu boleh percaya sumber Kjee ni kan?

Jamuan untuk majlis pertunangan akan dibuat secara gotong royong. Kononnya, ibu Ana dah sibuk kesana kemari buat persiapan, tempah kemah, tempah periuk belanga dan semua perkara berkaitan.

Ana mungkin dah pulang ke kampung di Kampung Batu 8, Jalan Trong, Changkat Jering untuk buat persiapan. Kali ni tentu lagi hebat majlis berbanding dua majlisnya, masa lalu. Ntah2 orang kampung2 berhampiran pun tentu sama2 turun padang nanti. Maklumlah, dulu Ana bukan artis. Sekarang dah jadi artis pastu nak kahwin dengan anak chef jutawan pulak tu!!

Jangan tunang lama2. Elok pagi buat majlis merisik dan bertunang, lepas asar atau Isyak buat majlis menikah. Majlis bersanding bolehlah tangguh lain hari. Lagipun, Datuk Chef Wan pun dah kata, tahun depan dia sibuk. So segerakanlah kerja yang baik camni!

Kjee suka sangat ramai artis buat keputusan bernikah tahun ni. Baik yang muda mahupun yang tua. Baik yang pertama kali mahupun kali kedua dan ketiga.

Tahniah Ana dan Riz. Moga mencapai persefahaman, segerakan nikah dan bersama hingga ke nafas akhir. Insya Allah.

Buat Datuk Chef Wan, Tahniah. Nak dapat menantu perempuan dan cucu kedua tak lama lagi.

3 comments:

Cheq Sue said...

30K? gulppp....

kasihredha said...

ye..elok dipercepatkan.

malaysia-handicraft said...

mana satu nama dia yg betul ni kak? diana mastura bt jaafar ke Dania Mastura Mohd Ali??

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...