Friday, October 7, 2011

BUBUR NASI SEGERA


Semalam apabaila Nadia kata nak makan bubur nasi kosong, Kjee cadangkan beli kat McDonalds tapi dia tak nak. Nak mama buat. Semalam Kjee masih tak larat nak bangun so suruh Unclepali beli taufoo faa untuk dia. Dia jamah sikit dan semua keluar balik.

Pagi tadi dia sebut lagi nak makan bubur. Tanya bubur lambuk dia tak nak dia kata nak bubur segera macam kat iklan TV semalam. Semalam, ada iklan jenama Knorrs kat TV. Kjee pun suruh Unclepali pergi beli bubur nasi jenama Knorrs tapi Unclepali jumpa jenama Maggie. Okaylah tu.


Tadi Kjee masakkan untuk dia. Semangkuk habis dia makan dan nasib baik tak uwek balik.

So, selain mi segera, korang jugak mesti sediakan stok bubur segera ni. Manalah tahu kalau anak2 sakit. Memanglah buat bubur sendiri lebih elok tetapi kekadang, ada ramuan yang tak cukup.

Tadi Kjee biarkan kosong sebab nak bagi perut dia rehat. Kalau bubuh ayam atau daging, kesian pulak perut dia memulas balik, kan?

Cara masak, ikut je kat peket. Tapi Kjee tambah lebih sikit air dan bagi nasi tu masak pelan2 sampai benar2 halus. Lebih kurang ½ jam.

3 comments:

Cik Rose Cute said...

Hai! kak jee...tak pernah cuba bubur nie...nanti nak suruh Cik hubby beli lah hihihi

Ezza said...

kakjee..
cuba bawak nadiah tu urut ..banyak angin tu dalam perut dia...

Kjee said...

Ezza: Nadia nak pergi urut? hmmm penggeli sangat!!

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...