Wednesday, October 12, 2011

BUBUR PUTERI MENYOROK





 Puteri mana pulak menyorok ni? Macam2lah Kjee ni kan? Sebenarnya tekak Kjee teringin nak makan bubur butir nangka. Tapi kali ni Kjee nak buat kelainan sikit. Dapat ilham nak bubuh pes kacang merah yang Kjee beli dulu.

So mulalah Kjee projek sorang diri kat dapur tadi. Nadia dan Unclepali duk ke hulu ke hilir kat dapur tengok Kjee buat. Resipi siapa ni, tanya Nadia? Hah? Resipi Mamalah. Kan Mama tak pernah buat!

Kjee buat dua kaler. Kaler bendera Selangor. Selain daripada Kjee ni orang Selangor, sebenarnya hanya dua je pewarna kat rumah hari ni. So, hantam jerlah..kita yang buat dia kan?

(Kjee bagi nama Bubur Puteri Menyorok sebab pes kacang itu macam puteri yang kulit hitam manis. Jadi dia malu dia hitam manis, maka dia menyoroklah. Kahkahkah)

Bila dah siap masak tadi, Kjee senyum lebar. Bangga dapat cipta satu resipi baru. Sedap dimakan kalau sejuk. Korang mesti nak resipi kan? Jom kita tengok.

BAHAN2

½ peket tepung pulut
sedikit garam
150ml santan (Kjee guna 1 ½ kotak Kara)
pewarna
gula
1 helai daun pandan

CARA

Masukkan tepung pulut dalam bekas, Air dicampur garam. Air ni agak2 untuk menjadikan tepung itu doh yang lembut. Setelah jadi doh, bagi dua dan warnakan.
Ambil sikit, bulatkan, leperkan dan letakkan sedikit paste kacang merah yang juga telah dibulatkan. Tutup dengan tepung tadi dan bulatkan. Buat sampai habis lepas tu direbus dalam periuk yang mendidih dengan air.
Apabila sudah masak (kira kira 10 minit), angkat dan masukkan bebola tadi ke dalam bekas berisi air sejuk.
Santan dimasukkan dalam periuk dan dicampur air serta daun pandan. Jumlah air ikut suka. Bubuh sedikit gula dan garam dan didihkan. Jumlah gula yang hendak dibuat ikut rasa masing2. Kjee tak berapa suka manis2 so Kjee bubuh 2 sudu jer gula. Lagipun, bebola pulut itu ada pes kacang merah yang jugak manis.
Apabila santan sudah mula mendidih, pelankan api dan masukkan bebola pulut tadi. Masak kira2 10 minit. Padam Api.


6 comments:

sharifah rosidah said...

Puteri kalau menyorok macamana putrea nak nampak? Kahkahkah ada ada je kau ni jee.

liemaopurut said...

nampak sedap ni kakjee. insyaallah nanti kalo ada masa nak buat jugak la....

saba kagawa japan said...

kak jie...alahaii puteri menyorok2 dah lame jd idaman kalbu..tp kalo kite buat kt umah ni..sure kite sorg je yg makan..uwaa...huluq laa semangkukkk huhuh

Kjee said...

hehehe sedap tau! rugi kalau tak buat. inti tu boleh bubuh apa2 yang kita suka.

Wi Sega said...

kak jee..kt restoran akak ada ke menu ni?teringin la pulak..hehe

Kjee said...

Salam Wi. Restoran? dah tutup 3 tahun dah. Hehehe

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...