Friday, October 28, 2011

DAGING MASAK KICAP SAMA WEDGES


 Ini lauk yang selalu arwah bonda buatkan masa Kjee kecik2. Daging masak kicap yang dibubuh kentang goreng wedges. Dan Kjee pulak selalu buat lauk ni kalau tiba hari kurang rajin. Sebab? Sebab mudah sangat nak buat.



Kjee selalu ada stok daging batang pinang kat dalam fridge. Tapi kalau tak ada, Kjee keluarkan pressure cooker dan rebuslah daging sampai lembut. Hmm sedap sangat kalau daging tu direbus lembut2 tau. Maklumlah gigi Kjee bukannya kuat sangat sekarang.

Tadi, Kjee suruh Nadia keluarkan daging. Adalah dalam 250 gms. Selalunya kalau beli daging batang pinang dalam sekilo, Kjee bagi tiga bahagian. Penghuni rumah Kjee bukannya ramai. Cukuplah sekali masa kan? Lauk kalau terlebih masuk freezer tapi kekadang bila dah keras cam kayu, jadi habuan Cik Tong. Selalu sangat tu.

Okaylah malaslah nak kelentong panjang2. Kita tengok bahan2nya.

BAHAN2

250 gms daging
1 labu bawang besar
2 ulas bawang putih
1 cawan kicap manis
cili api (ikut suka)
1 biji kentang
1 inci halia

CARA

Daging dipotong ikut suka dan rebus, airnya jangan dibuang (kalau daging bukan batang pinang). Pastu kentang dipotong wedges dan digoreng hingga golden. Tepikan.
Bawang besar dimayang, bawang putih diketuk,  sementara cili api jugak main ketuk2 jer. Kalau tak suka bubuh cili api, hiris2kan cili merah. Kalau anak2 tak makan pedas, tak payah bubuh cili langsung. Halia dimayang halus.
Panaskan periuk, bubuh minyak sikit dan tumis bawang besar, bawang putih dan halia sampai wangi. Pastu masukkan daging. Masak sampai daging kecut. (Kalau daging tu direbus dulu, airnya masukkan sekali).
Apabila daging sudah kecut, masukkan air (ikut banyak mana nak kuah. Tapi janganlah banjir sangat.) dan kicap serta cili.
Kalau suka bubuh garam dan terus didihkan sampai puas hati. Kemudian masukkan kentang wedges dan masak kira2 lima minit. Padam api.
Resipi sama boleh buat menggunakan ayam. Tapi ayam tu digoreng separuh masak. Kalau masak ayam, Kjee tumis semua bahan hirisan sampai layu, masukkan air dan kicap. Bila dah didih baru masukkan ayam dan kentang. 
Ada orang bubuh kulit kayu manis dan bunga lawang tapi Kjee tak bubuh sebab Nadia tak suka. Save budget sikit. Hehehe.

Selamat mencuba. Simple jer.


2 comments:

Kayza Network & Promotions said...

mmg sedap lauk kicap daging ni..

cik cek said...

Suka sgt daging masak kicap cam gini..:)

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...